By Jessica Ruja Raphael
SARATOK — Bulan Oktober merupakan bulan untuk memperingati Bonda Maria.
Jawatankuasa induk Gereja St Ignatius dengan kerjasama Ministri Belia Gereja (CYM) telah mengadakan doa rosari bersama komuniti gereja di rumah panjang di Sebubu Roban pada 21 Oktober lepas.
Aktiviti ini diadakan pada jam 7.30 malam di perkarangan rumah Saudara Edward sekeluarga.
Dalam ucapan alu-aluannya, Edward mengucapkan rasa penuh kesyukuran di atas kehadiran semua yang telah berkunjung ke rumahnya.
Selepas itu, doa rosari telah diketuai setiausaha belia Gereja St Ignatius, Saudari Jessica Ruja.
Selesai sahaja berdoa rosari, umat dijemput menyertai perjamuan persaudaraan.
Aktiviti seperti ini diharap dapat memupuk semangat cintakan rosari serta menanam semangat cinta kasih sesama umat.