Kisah Panggilan: Seminarian Shawn Wong

Shawn Wong dari Seminari Misi ICPE, Malta bersama Uskup Agung Simon Poh, 14 September 2023, di Chapel Holy Family, ACCPC, Kuching.

“Tuhan ada rancangan bagi setiap daripada kita.”

Oleh Ivy Chai

Shawn Dominic Wong Tian Ci adalah seorang warga Singapura yang telah meluangkan masa selama tujuh tahun yang lepas dalam pembentukan seminari di Institut Evangelisasi Dunia (Misi ICPE) di Malta. Setiap musim panas, beliau akan ditugaskan ke negara yang berbeza untuk pendedahan.

Shawn berada di Kuching dari 1 Ogos hingga 17 September 2023, di mana beliau meluangkan masa selama dua minggu bersama seminarian di Seminari Kolej St Peter dan berpeluang untuk menyertai Perhimpunan Pastoral Keuskupan Agung Kuching (KAPA2).

Lawatannya selama beberapa minggu di Bunan ternyata satu pengalaman yang kaya, dengan lawatan ke beberapa stesen kecil dalam paroki tersebut selain mengalami kehidupan di rumah panjang. Beliau meluangkan masa 12 hari lagi di Katedral St Joseph, Kuching untuk belajar sebanyak mungkin.

Bagi Brother Shawn, pengalamannya di Kuching mengajarnya bahawa bahasa tidak pernah menjadi penghalang untuk melayan. Kerana kasih para paderi bagi umat mereka, mereka mempelajari bahasa yang ditutur oleh penduduk kampung supaya mereka dapat melayani mereka.

Pada usia 14 tahun yang muda, Shawn merasakan beliau suatu hari nanti akan menjadi seorang paderi keuskupan selepas menimba pengalaman yang mengubah kehidupan ketika melayani di paroki asalnya di Paroki St Francis Xavier di Singapura. Bagaimanapun, beliau berubah hati selepas menghadiri sekolah misi bagi belia Katolik di New Zealand pada tahun 2012.

Di sekolah misi di mana beliau tinggal selama lima bulan, Shawn “buat pertama kali rasa dikasihi kerana dirinya”, dikasihi sebagai “anak Tuhan”. Ia ternyata “masa yang mengubah kehidupan bagi para peserta… satu pengalaman yang membebaskan”.

Shawn mengambil masa selama lapan tahun untuk menanggapi diri sebagai seorang paderi keuskupan, menyertai seminari sebagai seorang aspirant setiap tahun, tetapi semua itu berubah apabila beliau menemui paderi pertama yang memberi inspirasi kepadanya untuk menjadi paderi misionari.

Walaupun beliau kembali kepada dunia pekerjaan selepas kursus di New Zealand, beliau merasakan “Tuhan mengacau hati saya”, terutamanya selepas satu insiden dalam rangka pekerjaannya, dan beliau memutuskan untuk menyertai Misi ICPE di Malta pada tahun 2016.

ICPE bukan sebuah badan religius. Misi utamanya adalah evangelisasi. Ini dijalankan menerusi Injil, perayaan sakramen-sakramen, retreat khutbah, renungan, bimbingan rohani, program pembentukan, seminar, outreach dan banyak lagi. 

Kerohanian mereka bersifat Ignatian dan Karismatik, dan selalunya dipanggil Contemplatives in Action.

Apabila ditanya tentang nasihat yang beliau akan berikan kepada calon muda bagi kepaderian dan kehidupan religius, Shawn berkata: “Percayalah kepada Tuhan kerana Tuhan benar-benar ada rancangan bagi setiap daripada kita. Kadang-kadang rancangan itu mungkin tidak selari dengan apa yang kita fikir adalah kehendak Tuhan bagi kita.”

Beliau sendiri menyangka Tuhan mahu dia menjadi paderi keuskupan tetapi beliau mendapati Tuhan mahu beliau menjadi misionari. Beliau tidak pernah menyangka beliau akan disiap-siaga bagi kerja misionari tetapi Tuhan telah menunjukkan kepadanya untuk percaya kepada-Nya.

 “Percayalah kepada Tuhan, tanggapilah dan biarkanlah Dia menunjuk jalan kepada kita. Carilah keberanian untuk melangkah dengan iman,” kata Shawn.

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Vocation Story: Seminarian Shawn Wong

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.