Oleh Paul Wong
KOTA KINABALU — CHARIS Malaysia National Service of Communion (NSC) mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kedua pada 25 Oktober 2023 di kediaman Uskup Agung, Rumah Vianney, Kota Kinabalu.
Turut hadir, Kardinal Sebastian Francis yang merupakan Penasihat Keuskupan lama kepada CHARIS Malaysia.
Beliau menyerahkan jawatan itu kepada Uskup Agung John Wong Soo Kau dari Keuskupan Agung Kota Kinabalu.
CHARIS Malaysia diwujudkan ekoran seruan daripada Bapa Suci, Pope Francis, untuk membawa semua umat ke dalam pengalaman dengan pembaptisan Roh Kudus, perpaduan dalam kalangan umat serta melayan golongan miskin dan terpinggir.
Pada mesyuarat kali ini, pasukan kerja National Service of Communion turut dipilih bagi penggal 2023-2026.
Brother Anthony Lim dari Keuskupan Agung Kota Kinabalu dipilih menjadi Penyelaras, bersama anggota pasukan lain yang mewakili keuskupan dan keuskupan agung lain.
Dilantik ke dalam badan itu adalah wakil-wakil daripada Belia, Perantara Kenabian dan Wanita.
Pasukan Kerja NSC
Penyelaras – Anthony Lim
Penolong Penyelaras – Simon Matthew
Setiausaha – Paul Wong
Bendahari – Hector Jintoni
Perantaraan – Priscilla Henry
Wakil Wanita – Margaret Cor
Wakil Belia – Paul Julianose
Penasihat Keuskupan – Uskup Agung Datuk John Wong
(Terjemahan)
Berita dalam Bahasa Inggeris: CHARIS NSC elects new team for 2023-2026