Blok Rosari Mother of Mercy sambut ulang tahun ke-25

Oleh Jessica Jane

KUCHING — Pada 27 September 2023, komuniti Blok Rosari Mother of Mercy, Kampung Tabuan Dayak menyambut ulang tahun ke-25 pada Hari Raya Bonda Belas Kasihan (Feast Day of Our Lady of Mercy) yang dimeriahkan lagi oleh kehadiran Uskup Agung Simon Poh yang diiringi Fr Eugene G. Maglasang, SDB.

Ia merupakan malam yang sangat menggembirakan di mana semua ahli Blok Rosari Mother of Mercy berkumpul sebagai satu keluarga untuk sambutan istimewa itu selain mempromosikan dan menjemput lebih ramai umat Katolik, terutamanya masyarakat yang bertutur dalam Bahasa Malaysia (BM), untuk menyertai Misa BM di Gereja Holy Trinity (HTC).

Selepas Misa, mereka makan malam bersama Uskup Agung Simon dan Fr Eugene di Dewan Good Shepherd, HTC.

Bekas pengerusi dan pengerusi baharu blok rosari itu menggunakan peluang itu untuk berkongsi latar belakang dan aktiviti terkini komuniti tersebut.

Uskup Agung Simon juga berkongsi kata-kata semangat untuk menggalakkan pertumbuhan komuniti itu.

Fr Eugene turut mengucapkan terima kasih kepada semua pelayan BM dari blok rosari tersebut atas kesudian dan semangat mereka dalam melayani Misa di HTC.

Blok Rosari Mother of Mercy ditubuhkan pada 1 Oktober 1998 oleh pengasasnya, Boniface Jambu.

Pada awal penubuhannya, blok rosari itu dianggotai 17 buah keluarga yang meningkat kepada lebih 20 buah keluarga pada tahun ini. Antara aktiviti yang dijalankan oleh blok tersebut adalah doa rosari dari rumah ke rumah pada setiap bulan Mei dan Oktober, karoling menjelang Krismas dan lain-lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.