‘Salib Kudus’ rai ulang tahun ke-41

Memotong kek sempena ‘Hari Raya Kemenangan Salib Ke-41’ oleh Bro. Stephen Bong (kiri), Uskup Agung Simon Poh (tengah) dan Fr Nicholas Ng (kanan).

By Clara Chan

KUCHING — Pada malam 14 September 2023, yang merupakan Hari Raya Kemuliaan Salib Kudus, Ministri Pembebasan dan Penyembuhan Salib Kudus menyambut ulang tahun ke-41 yang disaksikan oleh pengasasnya, Brother Stephen Bong, Uskup Agung Simon Poh dan Fr Nicholas Ng. Bersama mereka pada perayaan yang meriah itu adalah ketua dan pendoa (prayer warriors) seramai kira-kira 100 orang.

Dalam ucapannya, Uskup Agung Simon memuji dan mengucapkan terima kasih kepada ministri itu kerana melayan gereja, dan menambah pelayanan Salib Kudus sangat dekat dengan dirinya yang merupakan seorang convert. Beliau seterusnya menggalakkan semua untuk mempertingkatkan doa dan pengantaraan bagi memuliakan Tuhan menerusi bantuan Roh Kudus.

Bro. Stephen berkongsi singkat mengenai keindahan mengalami kasih dan kuasa Tuhan yang disaksikan menerusi tanda dan mukjizat Tuhan yang besar. Banyak jiwa sudah mengenali Yesus, mereka yang sengsara dibebaskan dan mereka yang sakit disembuhkan. Tanda dan mukjizat sangat penting bagi Gereja untuk berkembang, membangunan dan membuahkan hasil. Pada usia 82 tahun, Bro. Stephen sangat aktif melayan di Pusat Salib Kudus.

Ia adalah menakjubkan bagaimana Tuhan mengekalkan ministri itu, 41 tahun dan selanjutnya, kerana segalanya mengenai kemenangan Salib dan apa yang Tuhan ingin lakukan bagi umat-Nya, semua perkara yang baik dan indah. Sesungguhnya, keberkatan yang besar bagi semua!

Semoga Nama Tuhan dipuji selama-lamanya!

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Holy Cross celebrates its 41st Anniversary

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.