Carmel Kuching dan Carmel Filipina sertai Kursus Formator OCD Filipina

KENANGAN… Lawatan ke Carmel Jaro. Mother Margaret (kiri) dan Sr Evelyn (dua kanan) bersama Sr Helen dari Carmel Jaro (kanan).

Oleh Carmel Kuching

KUCHING — Mother Margaret dan Sr Evelyn dari Carmel Kuching meninggalkan biara mereka pada jam 4.30 pagi 12 Ogos lalu untuk pergi ke Manila-Bacolod bagi menghadiri kursus Formator Persekutuan Carmelite.

Kursus itu diadakan selama lima hari dari 14 hingga 18 Ogos lalu.

Carmel Kuching menyertai Persekutuan OCD Filipina pada tahun 2019.

Penceramah adalah Pure Ordona, seorang OCDS Filipina dan pakar psikologi yang memiliki klinik sendiri. 

Seramai 24 wakil (23 Carmel Filipina dan seorang Carmel Kuching) menghadiri kursus formator itu yang merangkumi empat tahap dengan kursus semasa sebagai tahap pertama dan tahap selanjutnya akan dianjurkan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Fokus pertama adalah kepada “Formator sebagai satu panggilan dari Tuhan… tanggapan dan pengetahuan tentang diri untuk melengkapkan Formator”.

Ia juga menyentuh tentang perkara utama bagi cara untuk membentuk calon dan syarat asas serta kriteria yang mesti dipenuhi seorang formandee sebelum calon direkrut. 

Ini akan memulakan tahap psikologi manusia dan dimensi rohani yang lebih mendalam, dengan menekankan bahawa penyembuhan seorang manusia adalah perlu bagi asas kematangan yang mantap sebelum tugasan yang mencabar sebagai seorang religius.

Selain bengkel, seluruh kumpulan itu juga melakukan perjalanan darat dan feri untuk melawat Carmel Bacolod dan Carmel Jaro (yayasan Carmelite pertama di Filipina) yang akan merayakan ulang tahun ke-100 mereka pada November 2023.

Mereka turut melawat Friar OCD Our Lady Hill di Bacolod.

Kedua-dua biarawati Kuching penuh sukacita dan teruja untuk melawat pejabat roti misa (altar bread) di Bacolod dan Jaro.

Bacolod mempunyai mesin pembuat roti automatik yang lebih cekap dan moden—tujuh membuat roti dengan empat mesin pengadun dan pembuat roti automatik sepenuhnya dari Itali. 

Mereka juga membawa balik beberapa roti misa sebagai sampel dan maklumat lanjut untuk seorang paderi di Semenanjung Malaysia bagi tempahan dan penghantaran pada masa depan. 

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Kuching Carmel joins Philippine Carmels for OCD Philippine Formators Course

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.