Ulang tahun ke-38 Dedikasi Katedral Sacred Heart

SELAMAT... Acara minum ucap selamat di Majlis Makan Malam Kesyukuran Ulang Tahun Ke-38 Katedral Sacred Heart.

Oleh Sibu Soccom

SIBU — Pada 8 September lalu, iaitu Hari Raya Kelahiran Bonda Maria, kira-kira 1,700 anggota paroki berhimpun di Dewan Centenary Sacred Heart untuk majlis makan malam kesyukuran bagi menyambut Ulang Tahun Ke-38 Dedikasi Katedral Sacred Heart dan Ulang Tahun Ke-15 Pentahbisan Keuskupan Uskup Joseph Hii.

Ia adalah malam yang diisi dengan hiburan, nyanyian dan persembahan tarian daripada anggota paroki dan paderi dalam usaha mereka untuk membina sinodaliti bagi mengutip dana untuk membina Grotto of Mary Immaculate Conception di Katedral Sacred Heart, Sibu dengan anggaran kos RM1.5 juta.

Ramai anggota paroki bermurah hati dengan sumbangan mereka sementara Rektor Fr Philip Hu, Fr Edward Raymond dan Friar Capuchin, Friar Raphael Samosir, kelihatan membuat persembahan dengan penuh sukacita di atas pentas untuk membantu mengutip dana bagi pembinaan grotto tersebut. 

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: 38th Anniversary of the Dedication of Sacred Heart Cathedral

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.