KUALA LUMPUR — Perjalanan mesyuarat perundingan pertama mengenai formasi sinodal di Asia yang diadakan di Pattaya, Thailand, dari 11 hingga 15 September, bermula dengan pengalaman ekspresi budaya yang unik bagi formasi sinodal dan tradisi luar biasa di Asia menerusi penyertaan 73 wakil delegasi yang terdiri daripada uskup agung, uskup, paderi, rohaniwati dan umat awam dari 17 negara di Asia.
Di antara pelbagai sesi, saya kagum dengan ungkapan “menanggalkan kasut kita” yang merupakan amalan lazim orang Asia untuk menanggalkan kasut sebelum memasuki rumah atau tempat ibadat, satu simbol indah bagi perjalanan sinod kita sebagai Gereja di Asia. Ia juga bergema dengan pengalaman Nabi Musa apabila nabi itu disuruh menanggalkan kasut kerana beliau berdiri di atas tapak suci, satu tanda hormat, rendah hati dan kesamarataan.
Pada masa yang sama, ia adalah penting untuk memahami keadaan ‘berkaki ayam’, perasan mengenai tanah, sedar tentang bumi yang kita diseru lindungi dan jaga, sambil dikenali sebagai dalam kalangan orang miskin, kerana kasut adalam simbol status. Di sini, saya mengenali kepentingan menjalani gaya hidup sinodal yang tertanam dalam nilai dan budaya Asia yang menguatkan kesamaan, bahawa tiada yang ketinggalan dan suara umat didengar dan ditangani.
Antara landskap kehidupan sinodal adalah gambaran budaya dan tradisi kita dalam perjalanan sinodal, di mana saya melihat Asia dicirikan oleh kepelbagaian budaya, tradisi, bahasa, kaum dan agama, semuanya dalam keanekaan yang dipanggil Malaysia. Ia kini menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan amalan sinodaliti yang bermula pada tahun 1976 diteruskan di semua paroki, baik pada peringkat daerah mahupun keuskupan, untuk menggambarkan dan memeta gaya hidup sinodal bagi kesejahteraan rohani umat Tuhan.
Kaedah perbualan rohani sinodal bagi “proses mendengar” membawa sinergi dan pertemuan dengan semangat sinodaliti bagi Gereja di Asia. Di bengkel kumpulan bagi ministri-ministri dalam Gereja di Asia, kami berhimpun untuk menanggapi visi, sifat dan pendekatan bagi formasi sinodal berdasarkan Dokumen Bangkok Persidangan Agung FABC, Dokumen Muktamad Perhimpunan Benua Asia Mengenai Sinodaliti (ACAS), dan Instrumentum Laboris. Saya mengambil bahagian dalam kumpulan bengkel untuk merangka pelan tindakan bagi BEC sebagai persiapan bagi Perhimpunan Agung Biasa XVI Sinod Uskup-Uskup akan datang.
Akhir sekali, ia adalah di mesyuarat perundingan ini yang saya dapat merenungkan dan sedar tentang kefahaman dalam isu-isu budaya yang menuntut perhatian bagi kehadiran Tuhan dan kepentingan memahami nilai, pendapat dan perasaan kita sendiri, dan pada waktu yang sama menangani kecenderungan budaya yang menyekat pendengaran yang tekun dan kepekaan rohani. Pada hari ini, seluruh perjalanan sinodal telah membuka pintu kepada pembaharuan yang lebih besar dalam kehidupan Gereja di Asia, dan bagi Malaysia, itu adalah benar-benar Asia.
Herald Malaysia (Terjemahan)