Kursus Pelayan Altar di Gereja St Ignatius, Saratok

AKTIF… Peserta bergambar bersama Fr Henry Jimbey setelah selesai kursus. (Semua gambar: Natalie Serani)

Oleh Jessica Ruja Raphael

SARATOK — Ministri Belia Gereja (CYM) St Ignatius di sini telah menganjurkan Kursus Pelayan Altar di Gereja Katolik St Ignatius, Saratok. 

Kursus tersebut diadakan pada 30 Jun 2023 dan disertai 26 belia dalam lingkungan umur 11 hingga 20 tahun yang hadir datang dari Zon Skrang dan Zon Saratok. 

Tujuan kursus itu diadakan adalah untuk mengajar, memberikan pengetahuan dan pendedahan tentang tatacara liturgi Misa dan tatacara pelayanan altar dalam Misa kepada belia. 

Selain itu, ia juga diharapkan dapat membantu memberikan dorongan dan memantapkan kerohanian belia untuk lebih berani, bertanggungjawab dan berkomitmen dalam pelayanan di gereja.

Selaku Ketua Belia St Ignatius, Natalie Serani memulakan kursus itu tepat jam 1.00 petang dengan sesi berkenalan dengan semua belia yang hadir dan nyanyian bersama.

KEKUDUSAN… Ceramah menjadi kerohanian pelayan altar disampaikan oleh Roselinder John.

Roselinder John meneruskan acara program dengan ceramah pertama bertajuk ‘Kerohanian Altar Server’

Fr Henry Jimbey juga tidak ketinggalan memberikan ceramah seterusnya tentang ‘Pengenalan dan Sejarah Altar Server’

TATACARA… Peserta mempelajari tatacara dalam perayaan Ekaristi secara praktikal. (Foto: Natalie Serani)

Peserta juga diberikan pendedahan secara praktikal dengan mengadakan bengkel yang dipimpin oleh Fr Henry Jimbey agar mereka lebih mendalami dan memahami tatacara mengendalikan tugasan utama dalam perayaan Ekaristi.

TERIMA KASIH… Natalie Serani (kanan) menyerahkan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada Fr Henry Jimbey.

Pengisian tersebut amat penting dalam kalangan belia yang melayani dalam perayaan Ekaristi bagi menambahkan ilmu pengetahuan dan meningkat kerohanian belia agar lebih hormat apabila mengendalikan barangan suci.

Selain itu, pengisian itu juga dapat menggalakkan belia menjadi lebih berani untuk terlibat dalam pelayanan di gereja. 

Kursus itu berakhir dengan Misa Kudus yang dirayakan oleh Fr Henry pada jam 6.00 petang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.