Niat doa Paus bagi bulan September: “Bagi orang yang hidup di pinggiran”

Gambar: Vatican News - English melalui YouTube

Oleh Devin Watkins

KOTA VATIKAN — “Marilah kita berdoa bagi mereka yang hidup di pinggiran masyarakat dalam keadaan yang tidak sesuai bagi manusia, agar mereka tidak diabaikan oleh institusi dan tidak dibuang.”

Pope Francis melancarkan jemputan itu ketika beliau mengumumkan niat doa beliau bagi bulan September 2023, iaitu bagi “orang yang hidup di pinggiran”.

‘Leher kaku, hati tidak peduli’

Dalam The Pope Video bagi bulan September, yang diterbitkan oleh The Pope’s Worldwide Prayer Network, beliau merenungkan sikap tidak peduli yang dialami ramai orang yang terpinggir.

“Seorang gelandangan yang mati di jalanan tidak akan pernah muncul di antara cerita-cerita utama bagi enjin carian atau liputan berita,” kata beliau, yang tertanya-tanya bagaimana masyarakat kita telah sampai ke tahap sikap tidak peduli sedemikian.

Pope Francis mengaitkan sikap tidak peduli ini dengan “budaya buang di mana jutaan lelaki dan wanita tidak bernilai jika dibandingkan dengan barangan ekonomi”.

Beliau berkata “leher kita akan menjadi kaku kerana melihat ke tempat lain, supaya kita tidak perlu melihat keadaan ini”.

Budaya mengalu-alukan

Paus kemudian menggesa semua orang untuk memberi perhatian kepada golongan yang dipinggirkan, walaupun ia disebabkan oleh “kemiskinan, ketagihan, penyakit mental, atau kekurangan upaya”.

“Marilah kita fokus kepada menerima mereka, kepada mengalu-alukan semua orang yang memerlukannya,” katanya.

Sebagai respon kepada sikap tidak peduli sedemikian, beliau mengangkat “budaya mengalu-alukan, yang menyediakan tempat pelindungan dan tempat tinggal, yang memberikan kasih sayang dan kemesraan manusiawi”.

Pope Francis membuat rumusan dengan menjemput setiap Kristian untuk berdoa bagi golongan “di pinggiran masyarakat yang hidup dalam keadaan yang tidak sesuai bagi manusia”.

Kemiskinan dan kesusahan yang berleluasa

Satu kenyataan akhbar yang mengiringi niat doa beliau mencatatkan bahawa The Pope Video bagi bulan September mengandungi gambar gelandangan, kanak-kanak jalanan yang mencuci cermin kereta, dan orang dengan pelbagai kekurangan upaya.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih 10 peratus daripada populasi global atau 700 juta orang, hidup dalam kemiskinan tegar. Seramai 1.6 juta orang lagi tinggal dalam keadaan hidup yang tidak memadai, termasuk di negara maju.

“Demikian juga, laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia menunjukkan bahawa seorang daripada setiap lapan orang hidup dengan ‘masalah mental’, dan 16 peratus daripada populasi dunia hidup dengan ‘kekurangan upaya yang serius’,” menurut kenyataan akhbar berkenaan.

Hati daging

Kardinal Michael Czerny, selaku pengawas Dikasteri bagi Mempromosikan Pembangunan Manusia Menyeluruh, mengulangi niat doa Paus, dan menjemput kita untuk memiliki hati daging dan bukan hati batu.

“Mengalu-alukan adalah lebih daripada membantu: ia bermaksud meletakkan orang lain pada tahap kita, menemukan semula seorang saudari atau seorang saudara yang telah hilang,” kata Kardinal Czerny. “Kita diubah menjadi satu Tubuh menerusi doa.”

Vatican News (Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Pope’s September prayer intention: ‘For people living on the margins’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.