Seminar Sakramen Penguatan di Betong

KHUSYUK… Kesemua calon memberikan perhatian kepada ceramah yang disampaikan. (Semua gambar: Alphonsa Anthony)

Oleh Alphonsa Anthony Geo

BETONG — Pada 5 Ogos 2023, satu seminar telah diadakan bagi semua calon Sakramen Penguatan di Gereja Holy Family, Betong yang dihadiri calon-calon Penguatan dari Betong, Saratok dan Skrang.

Seminar bermula pada jam 8.00 pagi dengan pendaftaran para peserta dan nyanyian bersama.

DENGAR… Fr Henry Jimbey memberi penerangan mengenai ‘Rahmat Penguatan’ dan ‘Kuasa Roh Kudus’ kepada calon Penguatan.

Antara pengisian program adalah ceramah yang disampaikan oleh Fr Henry Jimbey dengan tajuk ‘Rahmat Penguatan’ dan ‘Kuasa Roh Kudus’.

Leo Dennis menyampaikan ceramah bertajuk ‘Ajarilah Mereka Tentang Aku’ sementara Peter Sangin menyampaikan ceramah bertajuk ‘Buah dan Karunia Roh Kudus’.

Katekis Christopher Chendan turut membantu dalam sesi raptai dan persediaan bagi Sakramen Penguatan pada 19 Ogos 2023.

Seminar yang sangat bermanfaat itu berakhir pada jam 4.00 petang selepas semua calon selesai menjalankan Sakramen Pengampunan Dosa.

Semua peserta seminar diingatkan untuk sentiasa mempersiapkan diri mereka dari aspek kerohanian untuk menyambut Sakramen Penguatan. Semoga mereka akan lebih bersemangat dan terus berusaha dalam perjalanan menuju Kerajaan Tuhan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.