Jawatankuasa Pembinaan Pusat Pastoral St Theresa Serian mohon sumbangan dana

KHUSYUK… Umat yang menghadiri dialog tersebut.

Oleh Joseph Then & Jacquiline Ebby

SERIAN — Jawatankuasa Pembinaan Pusat Pastoral St Theresa Serian telah mengadakan dialog bersama ketua gereja kampung dan pemimpin komuniti Katolik pada 8 Julai 2023 di Dewan Gereja St Theresa untuk membincangkan pelaksanaan projek tersebut.

Bercakap bagi pihak pengerusi jawatankuasa, Bendahari Anthony Taguk berkata pihak jawatankuasa akan memohon bantuan kewangan daripada pihak kerajaan sebagai salah satu kaedah untuk mendapatkan dana bagi pembinaan pusat itu.

Selain itu, beliau juga memberitahu bahawa pihak jawatankuasa amat mengalu-alukan sumbangan dana daripada orang ramai terutamanya umat Paroki St Theresa Serian.

BERUSAHA… Bendahari Jawatankuasa Pembinaan Pusat Paroki St Theresa, Anthony Taguk (kanan) berucap pada dialog yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa, Dennis Sung (kiri).

Pusat Pastoral St Theresa setinggi empat tingkat itu bakal dibina di Lot 142, Daerah Bandar Serian iaitu bersebelahan dengan bangunan gereja sedia ada yang menghadap Lebuh Raya Pan Borneo.

Tiga blok akan dibina secara berperingkat untuk menempatkan auditorium, dewan serbaguna, pejabat, perpustakaan/arkib, bilik pembelajaran/kelas, bilik rehat, ruang istirahat, pantri dan utiliti, tandas awam, tempat letak kereta dan keperluan lain.

Memandangkan tapak pusat yang dicadangkan adalah kawasan yang mudah dilanda banjir, ia memerlukan kerja-kerja penimbusan tanah yang dijangka menelan kos yang tinggi sebelum kerja-kerja lain dapat dilaksanakan.

Oleh itu, projek tersebut pada keseluruhannya dijangka melibatkan kos yang sangat tinggi.

Kerja-kerja pembersihan dan penimbusan tanah tapak untuk membina pusat tersebut dijalankan dengan menggunakan khidmat Chin Chan Foo dari Tai Ngan Development & Construction Company.

“Setiap orang daripada kita, terutamanya umat Paroki St Theresa Serian, harus bekerja keras agar projek keluarga kita dapat dilaksanakan dengan memberi sumbangan dalam bentuk dana dengan murah hati,” gesa Anthony Taguk sebelum beliau memperkenalkan Family Contribution Method iaitu kaedah sumbangan melalui keluarga untuk mengumpul dana bagi membantu merealisasikan projek tersebut.

Selanjutnya, Anthony memberi penjelasan mengenai kaedah tersebut yang kemudian dipersetujui sebulat suara serta diterima pakai oleh semua yang hadir selepas sesi soal jawab.

Kepada yang ingin menyalurkan sumbangan ikhlas untuk projek ini, anda boleh menyumbang sama ada dengan menyerahkan sumbangan secara terus kepada Pejabat Paroki St Theresa Serian atau memindahkan dana ke akaun Hong Leong Bank bernombor 03300013158 atas nama ST THERESA’S PASTORAL CENTRE FUND.

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Serian St Theresa’s Pastoral Centre Building Committee appeals for generous donations

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.