RENUNGAN…

SAMA-SAMA... Kongregasi/Perkumpulan Religius di MRA 2023 bersama Uskup Agung Simon Poh. Fr Arockyaraj berdiri di barisan belakang, empat kiri.

Satu Gereja dan Satu Misi Kristus

Oleh Fr Arockyaraj Pavulu, CMF

Perhimpunan Religius Malaysia (MRA) selama empat hari (8–11 Jun 2023) merupakan waktu rahmat dan acara yang penuh sukacita. Saya gembira melihat anggota 28 kongregasi berbeza, dengan karisma berlainan, berhimpun untuk berkongsi pengalaman mereka sebagai misionari yang menjadi sebahagian daripada satu Gereja Malaysia. Walaupun golongan religius bekerja di tiga wilayah berlainan… Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia… kami berdoa sama-sama, merenung sama-sama, berkongsi sama-sama, hidup sama-sama, dan menjalin ikatan dengan satu sama lain bagi Misi Kristus. Saya merasakan harapan dalam diri saya bagi Gereja Malaysia di tengah-tengah senario sosial, ekonomi, politik dan agama di negara ini. 

Perhimpunan itu memberikan saya rasa Satu Gereja dan Satu Misi Kristus di Malaysia, yang digambarkan oleh Roh Kudus bagi penyelamatan semua. Ia adalah satu pengalaman yang mengayakan dan mencerahkan bagi saya. Kehadiran dan penyertaan uskup-uskup kita dalam MRA adalah satu dorongan dan kekuatan kepada semua kongregasi religius untuk bekerja bersama dalam penginjilan di Malaysia.

Saya harap perasaan kekitaan dan keterhubungan ini berkembang dalam kerohanian kita, misi yang kita kongsi bersama, tanggungjawab kolektif untuk mengekalkan kesatuan kita dan bekerja bersama bagi misi di Malaysia. Kurnia-kurnia Roh Kudus yang berbagai, karisma kongregasi yang berlainan, dan penduduk pelbagai budaya di Sabah, Sarawak dan Semenanjung meraikan Iman Kristian dan kehidupan Kristian sebagai satu Gereja Malaysia. 

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: REFLECTIONS…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.