Oleh Joseph Then & Jacquiline Ebby
SERIAN — Sekolah Kebangsaan St Teresa di sini dibina pada tahun 1942. Ramai individu yang berjaya dari Serian, termasuk pegawai kerajaan, ahli perniagaan, orang kenamaan, menteri dan ahli politik, pernah mendapat pendidikan di sekolah tersebut.
Pada tahun 2000, bangunan sekolah itu didapati tidak lagi selamat untuk digunakan oleh para pelajar dan guru. Pihak Gereja selaku pemilik tanah telah memohon kepada Jabatan Pendidikan untuk menamatkan penggunaan sekolah itu dan menyerahkan kembali tapaknya kepada Gereja.
Tapak sekolah itu akhirnya diserahkan kembali kepada Gereja pada 30 September 2021 untuk memberi laluan kepada pembangunan selanjutnya.
Pada 6 Julai 2023, pagar konkrit sekolah itu telah dirobohkan untuk menandakan perkhidmatan pendidikannya sudah selesai, tetapi ia akan digantikan dengan institusi pendidikan yang lebih baik, iaitu Pusat Pastoral St Theresa, Serian.
Tai Ngan Development & Contract Company telah dilantik untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan tapak dan penimbusan tanah.
(Terjemahan)
Berita dalam Bahasa Inggeris: Site of SK St Teresa, Serian to make way for 4-storey Pastoral Centre