RENUNGAN…

SUKACITA… Fr Ramon Borja (berdiri kanan) dengan beberapa religius di Perhimpunan Religius Malaysia yang diadakan di Pusat MAJODI, Johor, Malaysia, dari 8–11 Jun 2023.

Religius yang mengasihi…

Oleh Fr Ramon Borja, SDB

Beberapa pandangan yang diilhamkan oleh pengalaman di Perhimpunan Religius Malaysia yang diadakan di Pusat MAJODI, Johor, Malaysia, dari 8–11 Jun 2023.

Pada Sabtu malam itu, selepas dua hari bersama kira-kira 200 lelaki dan wanita yang dikonsekrasikan sebagai religius, sambil mendengar ceramah dan sesi, terlibat dalam perkongsian dan perbualan, doa pagi, tengah hari dan petang bersama, dan benar-benar bernyanyi serta menari selama berjam-jam pada malam terakhir, daripada merasa sangat letih, saya baring atas katil saya dengan rasa sangat hidup dan bersemangat. Begitu gembira dan bersyukur bagi seluruh pengalaman Perhimpunan Religius Malaysia.

Saya senyum di lubuk hati saya pada malam itu ketika saya baring atas katil sambil bersyukur kepada Tuhan di atas kurnia panggilan-Nya yang tidak ternilai, dan bersyukur kepada saudara-saudari religius saya dari pelbagai kongregasi kerana menyalakan semula sayang saya kepada panggilan saya. Saya melihat mereka begitu hidup dan begitu penyayang, begitu ghairah bagi Tuhan dan berbelaskasihan terhadap umat Tuhan. Saya telah merasakan sukacita dan semangat mereka, kejujuran, kerendahan hati dan harapan mereka, semuanya di tengah-tengah ketidaksempurnaan mereka sendiri dan kerumitan kehidupan. Kepercayaan dan kasih mereka sangat berjangkit.

Sebutan khusus diberikan kepada golongan berusia, iaitu paderi, sister, brother yang berambut putih atau berambut sedikit. Beberapa orang daripada mereka malah tidak dapat berjalan dengan mudah lagi, namun mereka pun ada di sana… malah ada yang menari dan bernyanyi, dan mereka berbuat demikian dengan begitu baik. Mereka ternyata semakin menua dan sakit namun mereka tetap senyum, berkongsi, melayan… dan mereka sudah berbuat demikian selama bertahun-tahun. Bagaimana mungkin perkara itu tidak begitu menakjubkan? Mereka kata “usia tidak penting”. Namun bukan dengan kehidupan ini. Dalam kehidupan religius, usia penting. Ia menjadikan pemberian dan kesaksian kita jauh lebih merangsangkan.

Selepas Hari Ahad itu, saya pulang dengan percikan api dalam hati saya yang berdoa dengan berkobar-kobar agar ia menyala menjadi api besar… menjadikan saya LEBIH… lebih berakar dalam Tuhan, lebih terikat jalinan dengan saudara-saudari religius saya, dan lebih mengabdi kepada Gereja Tuhan, umat-Nya, terutamanya golongan yang memerlukan bantuan.

Senyuman saya pada Sabtu malam berubah menjadi nyanyian pada petang Ahad… “Datanglah, ubah kasih kami daripada percikan api kepada api besar!” Semoga ini membawa kepada religius yang mengasihi dan mengasihi dan mengasihi sepanjang hayat.

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: REFLECTIONS…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.