Jemaat Katolik St Colette Taman Malihah lawat Taman Gethsemane, Bunan

ANAK KATOLIK SARAWAK… Peserta bergambar beramai-ramai bersama Fr Mark setelah selesai renungan.

Oleh Patrick Udit

KUCHING — Pada 22 Julai 2023, sempena Hari Sarawak, Pusat Katolik St Colette (PKSC) Taman Malihah telah mengadakan retreat (pemukiman rohani) di Taman Gethsemane, Bunan.

Retreat ini menyasarkan penyertaan ahli-ahli jawatankuasa tertinggi daripada lapan Blok Rosari Keluarga (FBR) di bawah PKSC dengan tujuan untuk memperluaskan kesedaran tentang tanggungjawab atau peranan mereka sebagai pemimpin, umat atau komuniti dan juga belia. 

Selain daripada itu, program ini juga merupakan aktiviti pembukaan bagi PKSC setelah beberapa tahun berehat ekoran penularan COVID-19. 

Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang program adalah Jalan Salib, Misa Kudus dan renungan yang disampaikan oleh Fr Mark Noel Bonchol. 

Seramai 163 peserta mengikuti retreat tersebut yang terbahagi kepada empat kumpulan, iaitu Pusat Katolik St Colette (ahli-ahli jawatankuasa), FBR Vessel Of Honor 1, FBR Immaculate Heart of Mary dan FBR Queen of Charity

FIKIR… Fr Mark Bonchol menyampaikan renungan.

Program dimulakan dengan doa-doa Jalan Salib lalu diikuti Misa Kudus yang dirayakan sempena Hari Raya Santa Maria Magdalena, dan diakhiri dengan renungan bersama Fr Mark sebagai Pengarah Rohani.

Dalam renungannya, beliau menekankan tentang kesatuan atau penyatuan antara satu sama lain, melayani bukan demi sesiapa pun tetapi demi Tuhan Yesus serta tentang iman dan cinta kasih kita terhadap Yesus Kristus yang seharusnya mendalam daripada segala-galanya.

Sebagai umat, kita juga harus bersama Tuhan Yesus memikul salib-Nya agar kita sedar akan tanggungjawab yang kita pikul. 

Harapan seterusnya adalah agar ahli-ahli jawatankuasa di bawah PKSC dan FBR sedar akan tanggungjawab masing-masing dan golongan belia sedar akan kepentingan peranan mereka untuk bekerja di ladang Tuhan. 

Semua diajak berdoa agar sedar akan tanggungjawab dan peranan mereka dan bersedia menerima panggilan Tuhan untuk bekerja di ladang-Nya, kerana panggilan itu bukan sahaja untuk melayan paderi atau religius, tetapi juga untuk menggalas tanggungjawab yang besar bagi rumah Tuhan. 

KENANGAN… Ahli-Ahli Jawatankuasa Pusat Katolik St Colette.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.