Kursus bagi pembaca dan komentator di Gereja Katolik St Peter Damian Kpg Seromah Bau

CERIA … Sebahagian peserta yang hadir.

BAU — Kursus bagi Pembaca dan Komentator telah diadakan pada 4 Mac lalu di Gereja Katolik St Peter Damian Kpg Seromah Bau.

Kursus tersebut melibatkan lima zon di kawasan Bau di bawah naungan Paroki St Stephen. 

Lima zon tersebut adalah Zon Singai, Zon Bratak, Zon Krokong, Zon Serembu, Zon Jagoi dan Bau Proper.

Seramai 480 orang menyertai kursus itu yang bermula pada jam 7.30 pagi dengan sesi pendaftaran peserta dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari.

Ceramah pertama disampaikan oleh Rektor Paroki St Stephen, Fr Peter Liston, yang menyentuh tentang tugas dan peranan pembaca dan komentator.

Ceramah kedua disampaikan oleh Katekis Francis Leheir tentang cara penggunaan bahasa, pakaian yang sesuai dan tingkah-laku semasa bertugas.

Di akhir kursus tersebut, sesi soal jawab di antara fasilitator dengan peserta telah diadakan sebelum ia ditutup oleh Fr Peter.

Paroki St Stephen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.