Pentauliahan lektor dan katekis pada Hari Minggu Kateketik

AJAR KEBENARAN … Para katekis daripada kumpulan berbahasa Inggeris.

KARAMUNSING — Seramai 57 lektor dan 172 katekis dari Katedral Sacred Heart telah ditauliahkan pada Hari Minggu Kateketik, 29 Januari lalu.

Tema bagi Hari Minggu Kateketik pada tahun ini adalah ‘Membaharui Gereja dengan Keluarga-Keluarga Iman’.

Dengan ini sebagai fokus, Fr Paul Lo telah lebih awal mengundang semua lektor katedral dan ahli-ahli berbagai ministri kateketik untuk merenungkan dengan lebih mendalam tentang panggilan mereka dalam sesi rekoleksi pada 10 Januari lalu, yang dihadiri 57 katekis dan 20 lektor bagi bahasa Inggeris.

Sesi sama turut diadakan bagi kumpulan Bahasa Malaysia (BM), yang terdiri daripada 84 peserta, dan dikendalikan oleh Fr Terans dalam bilik berasingan di Pusat Paroki pada malam sama.

Sementara itu, 68 peserta daripda kumpulan Cina menghadiri sesi rekoleksi bersama Fr Paul sehari sebelum itu pada 9 Januari.

Kesemua 20 lektor dan 57 katekis daripada kumpulan bahasa Inggeris telah ditauliahkan pada Misa Senja 28 Januari, manakala 20 lektor dan 48 katekis daripada kumpulan bahasa Cina ditauliahkan pada Misa Mandarin 29 Januari. 

Kumpulan BM ada 17 lektor dan 67 katekis yang ditauliahkan pada Misa BM pada 29 Januari lepas.

Catholic Sabah (Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Commissioning of Lectors and Catechists during Catechetical Sunday

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.