Rekoleksi di Chapel Mount Hosanna

Para peserta merendahkan diri untuk berdoa di hadapan Bonda Maria dan memohon berkat dalam pelayanan mereka. (Semua foto: Lily Banseng dan Nicholas Anyi)

Oleh Lily Banseng dan Nicholas Anyi

Para peserta bersama Fr Henry Jimbey (tengah) setelah program selesai.

SRI AMAN — Pada 18 Februari lalu, satu rekoleksi telah diadakan di Chapel Katolik Mount Hosanna dengan tema ‘Aku Mahu Disembuhkan —Lukas 15:11-23’.

Kursus ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelayan gereja menghayati serta mendalami maksud sebenar tugas pelayanan. 

Peserta dibawa merenungkan petikan daripada Injil St Lukas ini dan seterusnya memberi peluang kepada setiap peserta untuk merenungkan diri dalam tugas pelayanan mereka. 

Rekoleksi pada kali ini diketuai Fr Henry Jimbey yang seterusnya membimbing para peserta dalam perayaan Misa Kudus. 

Apa yang menarik tentang rekoleksi ini adalah kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peserta. Kerendahan hati serta niat untuk mempersembahkan diri yang terbaik kepada Tuhan jelas terpancar pada setiap peserta. 

Kesungguhan mereka menunjukkan niat suci mereka untuk memberi pelayanan yang istimewa kepada Tuhan apabila mereka menjalankan tugasan yang diamanahkan. 

Semoga para pelayan Chapel Mount Hosanna terus bersatu dalam tugasan dan pelayanan mereka dan diberkati Tuhan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.