Oleh Albania Nyambong
SONG — Pada 17 hingga 19 Februari yang lepas, seramai 20 orang pelayan altar berumur dalam lingkungan 12-18 tahun telah menyertai rekoleksi pelayan altar yang diadakan di Gereja St Herbert di sini.
Rekoleksi selama tiga hari ini turut disertai Rektor Paroki Fr David Ho dan Fr Michael, dibantu oleh John Deho selaku Penolong Penyelaras Pelayan Altar di Katedral St Joseph, Kuching.
Tujuan utama rekoleksi pelayan altar ini adalah untuk mendidik mereka supaya lebih berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap kewajipan mereka.