Oleh Hospital Kanser Mount Miriam
PULAU PINANG — Allah telah merahmati Hospital Kanser Mount Miriam (MMCH) semenjak pintunya dibuka untuk melayan pesakit kanser pada 21 Februari 1976.
Selama 47 tahun, MMCH berusaha melaksanakan panggilan ilahi dengan melayan semua orang yang memerlukan rawatan kanser—tanpa mengira kerakyatan, kemampuan kewangan, kaum, atau agama.
Misi itu masih dijalankan pada hari ini.
Untuk menyambut ulang tahun ke-47 ini, Misa telah diadakan pada 21 Februari lalu di chapel dalaman hospital yang dirayakan oleh Uskup Sebastian Francis bersama 11 orang paderi lain.
Uskup Sebastian memanjatkan kesyukuran kepada Allah bagi ramai orang (dahulu dan sekarang) yang telah menyokong MMCH dalam perjalanan iman dan kasih ini untuk menyentuh dan menyembuhkan orang sakit, selari dengan seruan Sinod untuk berjalan dengan satu sama lain.
Pesan daripada bacaan pertama pada hari itu daripada Kitab Sirakh 2:1-11 adalah satu peringatan penyayang daripada Allah bahawa Dia berjalan bersama kita dalam semua keadaan—tetapi kita dipanggil untuk “berhati ikhlas, teguh” dan “berpaut pada-Nya”… kerana “Tuhan berbelaskasihan dan maha rahim”.
Antara mereka yang datang untuk memberi pujian dan kesyukuran kepada Allah adalah pesakit, kakitangan, religius, ahli lembaga pengarah MMCH dan Catholic Health Care Asia (CHCA), sukarelawan, sahabat, dan jiran hospital yang mencerminkan kasih, komitmen, dan sokongan komuniti.
Herald Malaysia Online (Terjemahan)
Berita dalam Bahasa Inggeris: Mount Miriam Cancer Hospital celebrates 47th anniversary