Uskup dan pemimpin religius berhimpun di bawah naungan St Anne

WAKIL KRISTUS … Persidangan Uskup Katolik Malaysia-Singapura-Brunei (CBCMSB) bersama setiausaha eksekutif, dan Nunsio Apostolik, Uskup Agung Wojciech Zaluski sewaktu perhimpunan mereka di Basilika Kecil St Anne, Bukit Mertajam, Januari 2023.

Oleh Charles Bertille

BUKIT MERTAJAM — Perhimpunan Plenari Ke-111 bagi Persidangan Uskup-Uskup Katolik Malaysia-Singapura-Brunei (CBCMSB) dan mesyuarat agung dwitahunan Persidangan Pemimpin-Pemimpin Utama Religius (CRMS) telah diadakan di bawah naungan St Anne, di Basilika Kecil di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Para uskup, bersama Nunsio Apostolik, para pemimpin religius utama, umat awam, wakil-wakil tradisi religius lain dan pembesar kerajaan telah berhimpun pada malam 9 Januari 2023, untuk merayakan deklarasi mulia Basilika Kecil dalam satu upacara yang panjang dan bermakna.

Persidangan Uskup-Uskup dan Persidangan Para Pemimpin Religius kemudian bermesyuarat di tempat-tempat berasingan dalam kampus St Anne untuk perhimpunan dwitahunan mereka.

Pada hujung hari pertama, mereka berhimpun untuk rosari di taman diikuti makan malam dan perbualan.

Keesokan harinya mereka bermesyuarat sekali lagi untuk membincangkan isu-isu umum, khususnya mengenai usaha untuk melindungi golongan bawah umur dan orang dewasa yang rentan di kesemua institusi gereja.

Uskup-Uskup dan Para Pemimpin Religius turut membincangkan dengan panjang lebar dinamika dan kemajuan ke arah Perhimpunan Religius Semenanjung Malaysia yang akan diadakan di MAJODI dari 8–11 Jun 2023.

Uskup-Uskup, yang menghadiri Persidangan Umum Ulang Tahun Ke-50 Persekutuan Persidangan-Persidangan Uskup-Uskup Asia (FABC) di Bangkok, membahagikan pengalaman dan pengetahuan mereka.

Mereka merasakan bahawa ia adalah bagus dan wajar untuk membina jalinan dalam kalangan generasi baharu uskup-uskup dari seluruh Asia selain bagi mereka untuk meneliti isu-isu yang memberi kesan kepada bangsa-bangsa di Asia dan laluan masa depan bagi Gereja di Asia.

Tema bagi FABC 50 adalah “Berjalan Bersama sebagai Bangsa-Bangsa di Asia”, berdasarkan perjalanan yang dibuat oleh tiga raja dalam Markus 2:1-12, “… dan mereka pergi ke arah yang berlainan”. 

Perutusan kepada Semua Bangsa di Asia, yang dikeluarkan oleh FABC, sekali lagi diedarkan dalam kalangan uskup-uskup dan kemudian kepada semua religius.

Lihat https://www.fabc2020.org/post/message-fabc-general-conference-to-the-peoples-of-asia

Fokus Persidangan adalah kepada Dokumen bagi Sinod Fasa Benua (DCS) yang diedarkan kepada kesemua 11 keuskupan dan vikariat.

DCS yang dihimpunkan oleh Sekretariat Sinod Antarabangsa di Rom adalah instrumen istimewa yang boleh digunakan oleh gereja-gereja tempatan untuk berdialog sesama sendiri dan bersama gereja universal pada peringkat benua yang akan datang.

Keuskupan-keuskupan diminta membaca dan berdoa dengan DCS dan memberikan renungan mereka kepada tiga soalan yang dikemukakan di dalam.

Ringkasan bagi semua respons keuskupn dan draf dokumen cantuman telah dibentangkan oleh Setiausaha Eksekutif Persidangan Uskup-Uskup, Charles Bertille, yang juga merupakan Penyelaras Wilayah bagi Sinod berkenaan.

Dengan maklum balas daripada uskup-uskup, dokumen itu dimuktamadkan oleh Setiausaha Eksekutif dan dihantar kepada FABC untuk penelitian mereka di mesyuarat peringkat benua pada 24–27 Februari 2023 di Samphran, Bangkok, Thailand.

Dokumen DCS Persidangan merumuskan respons daripada 11 keuskupan dan vikariat yang berkisar sekitar tiga soalan yang diajukan:

  • apakah gerak hati dan pengalaman baharu yang mengesahkan?
  • ketegangan dan soalan-soalan yang timbul daripada usaha sinod perlu ditangani,
  • keutamaan, tema berulang dan seruan kepada tindakan yang dapat dibincangkan dalam Sesi Pertama di Perhimpunan Sinod pada Oktober 2023. 

Dokumen cantuman dapat dibaca di https://cbcmsb.org/synod-of-bishops-2023/  

Di persidangan itu, Presiden CBCMSB, Uskup Sebastian Francis mengumumkan tiga wakil ke mesyuarat peringkat benua, iaitu Uskup Bernard Paul dari Melaka Johor, Fr Jude Miranda dari Pulau Pinang dan Anna Amandus dari Sandakan.

Para uskup kemudian mencalonkan Kardinal William Goh dari Singapura untuk mewakili Persidangan itu di Rom pada bulan Oktober 2023.

Beberapa perkara lain yang dibincangkan oleh para uskup termasuk proses menuju ke Persidangan Pastoral Malaysia pada 2026, kerja cemerlang berhubung Piagam Seminari Kebangsaan dan masalah seminari, usaha berterusan oleh Platform Tindakan Laudato Si’, Rayuan Tabung Bantuan Caritas Malaysia 2023, kemajuan Komisi Keuskupan bagi Pendatang, Musafir dan Mangsa Pemerdagangan, menaik taraf bahan-bahan Kateketik, Hari Belia Sedunia di Lisbon, inisiatif-inisiatif Jawatankuasa Pelayan-Pelayan Belia Katolik Malaysia (MCYMC), perkara-perkara Antara Agama dan Ekumeni, dan isu-isu Liturgi.

Mesyuarat CBCMSB seterusnya akan diadakan di MAJODI dari 9–14 Julai, 2023. Presiden Uskup membuat kesimpulan dengan menyeru semua untuk “mengikut dan setia kepada proses-proses yang disediakan oleh Gereja dan anda akan setia kepada Roh Kudus”.

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: The Catholic Bishops and Religious Superiors meet under the maternal embrace of St Anne

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.