Oleh Ivy Chai
BATU KAWA — Untuk menandakan pelancaran kutipan dana rasmi bagi Tabung Pembinaan Bangunan Baharu, Fr Felix Au, iaitu Rektor Gereja Katolik St Mark, Batu Kawa merasmikan Panji Ikrar dalam Misa Senja pada 4 February 2023.
St Mark telah memulakan pelan Empat Fasa untuk membina paroki yang merangkumi:
1. Pembinaan sebuah pejabat paroki dan rektori bagi paderi yang akan melayan dan tinggal di St Mark.
2. Blok bilik kelas baharu setinggi empat setengah tingkat untuk mesyuarat dan Sekolah Minggu.
3. Dewan serbaguna dan aktiviti.
4. Pembesaran kepada gereja sedia ada untuk ibadat.
Kad Sumbangan Ikrar dan Kad Larian Jogathon/Amal telah diedarkan di semua Misa pada hujung minggu 4–5 Februari. Kad ikrar St Mark adalah dalam bentuk sumbangan bulanan dalam tempoh tiga tahun.
Majlis makan malam untuk mengutip dana akan diadakan pada 15 April 2023 di Pusat Ibadat Ekumeni Kristian (CEWC). Larian Amal dijadualkan pada 1 Mei (Hari Buruh). Jualan Fiesta St Mark juga akan diadakan.
Pelan pembesaran paroki dianggar akan memakan belanja RM20 juta bagi keempat-empat fasa.
Fr Felix menyeru kepada jemaat dan ahli-ahli majlis parokinya untuk melibatkan diri dalam usaha mengutip dana bagi memastikan impian ini menjadi kenyataan untuk manfaat mereka dan anak-anak mereka.
(Terjemahan)
Berita dalam Bahasa Inggeris: St Mark’s Church launches fundraising activities for New Building Development Fund