Upacara Kemasukan bagi 11 calon Katekumen di Gereja Katolik Our Lady Queen of Peace Sri Aman

Para calon membaca doa pengutusan yang diketuai Fr Henry Jimbey. (Foto: Gary Anak Masing)

Oleh Agatha Anak Samui

SRI AMAN — Pada Minggu Kedua Musim Adven tahun lepas, iaitu 4 Disember 2022, telah berlangsung satu Upacara Pengurapan Minyak Katekumen di Gereja Our Lady Queen Of Peace, Sri Aman. Seramai 11 orang kanak-kanak, yang terdiri daripada tiga perempuan dan lapan lelaki, menerima Minyak Katekumen.

Wali para calon membuat tanda salib pada dahi semua calon Katekumen. (Foto: Gary Anak Masing)
Para calon bergambar bersama Fr Henry Jimbey sebagai kenangan. (Foto: Gary Anak Masing)

Misa Kudus dirayakan oleh Fr Henry Jimbey, yang mengingatkan semua ibu bapa dan umat untuk memberikan sokongan yang penuh dan dorongan sepanjang anak-anak menjalani pembentukan iman. Anak-anak ini juga merupakan calon-calon yang bakal menerima Komuni Kudus Pertama pada 2023.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.