Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Jubli Perak Chapel Katolik Mount Hosanna Sri Aman

Belia bersama umat dari Gereja St Michael, Batu Niah, Miri, setelah selesai membuat persembahan. (Foto: Paul Johanes)

Oleh Jessica Ruja Raphael

SRI AMAN — Paroki Gereja Katolik Our Lady Queen of Peace meraikan Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Jubli Perak di Chapel Mount Hosanna pada 3 Disember 2022.

Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk memperingati dan mensyukuri penubuhan chapel tersebut 25 tahun lalu. Acara serampang dua mata ini juga dianjurkan untuk meraikan perayaan Krismas yang akan datang.

Program bermula pada jam 3.00 petang dengan kedatangan umat dari sekitar paroki Sri Aman, Kuching serta Miri.

Ia disusuli Doa Kerahiman Ilahi dan Doa Rosari yang dipimpin oleh umat dari Gereja St Michael, Batu Niah, Miri.

Belia mempersembahkan lagu-lagu puji dan sembah. (Foto: Adrian Anggang)

Aktiviti diteruskan dengan konsert pada jam 6.00 petang hingga jam 10.30 malam yang menyaksikan persembahan dan nyanyian koir oleh belia sekitar zon Sri Aman serta persembahan lagu-lagu Krismas oleh umat Gereja St Michael.

Aktiviti lain turut dijalankan sepanjang program ini seperti pengisian daripada Father Henry Jimbey, tayangan ringkas mengenai kelahiran Tuhan Yesus, dan gerai jualan makanan oleh Marian Guild, Jawatankuasa Cina, Pergerakan Belia Paroki (PYM), Pergerakan Belia Gereja (CYM), Zon Sri Aman serta Jawatankuasa Mount Hosanna.

Aktiviti kemuncak yang diraikan pada malam itu ialah sesi pemotongan kek oleh Father Jerome Juleng dan Fr Henry bersama beberapa ahli jawatankuasa Chapel Mount Hosanna, diiringi nyanyian lagu rasmi Chapel Mount Hosanna dan lagu Krismas oleh semua belia dan umat yang hadir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.