Program Bulan Rosari di Gereja Santa Anna

Oleh Augustine Leeroy Garet

KOTA PADAWAN — Pada 1 Oktober lalu, Paroki Santa Anna telah membuka Bulan Rosari yang berlangsung sepanjang bulan Oktober. 

Ia dirasmikan pada Misa Senja jam 6.30 petang yang dirayakan oleh Pemangku Rektor Paroki Santa Anna, Friar Don Don Ramerez, OFM.

Dalam homili beliau, Friar Don Don menyatakan bahawa kita semua digesa untuk terus berdoa rosari dan mendalami segala yang didoakan, bukannya sekadar menyebut mahupun mengingati doa sahaja. 

Beliau juga mahu umat memohon agar Bonda Maria mendoakan saudara dan saudari yang ada masalah rumah tangga dan keluarga, termasuk bagi pasangan dalam penceraian dan ada masalah tekanan dalam kehidupan.

Perarakan sambil berdoa rosari diadakan di sekitar Gereja Santa Anna dengan membawa patung Perawan Fatima. 

Selepas itu, Friar Don Don memberkati patung Bonda Maria yang dibawa oleh ketua sembahyang dan wakil Komuniti Gereja Kampung dan Taman untuk digunakan bagi doa rosari dari rumah ke rumah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.