Apa Yang Disebut Dalam Katekisme Tentang Mengundi Dalam Pilihan Raya

Foto: Joaquin Corbalan P | Shutterstock

Ajaran dalam Katekisme Gereja Katolik adalah jelas bahawa umat Katolik ada kewajipan moral untuk mengundi.

Apabila umat Katolik ada peluang untuk mengundi, Gereja dengan tegas percaya bahawa wujud “kewajipan moral” untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya.

Ajaran ini dijelaskan di dalam Katekisme Gereja Katolik.

Keakuran kepada pihak berkuasa dan sama-sama bertanggungjawab bagi kebaikan bersama menjadikannya wajib dari segi moral untuk membayar cukai, melaksanakan hak untuk mengundi, dan mempertahankan negara: CCC 2240.

Selain itu, warga negara wajib menyumbang kepada kebaikan masyarakat secara umumnya.

Ia adalah kewajipan warga negara untuk menyumbang bersama pihak berkuasa awam kepada kebaikan masyarakat dalam semangat kebenaran, keadilan, solidariti, dan kebebasan. Cinta dan khidmat kepada negara menyusuli kewajipan untuk rasa syukur dan menjadi sebahagian daripada aturan kasih. Keakuran kepada pihak berkuasa yang sah dan khidmat kepada kebaikan bersama memerlukan warga negara untuk menunaikan peranan mereka dalam kehidupan komuniti politik. CCC 2239

Pada waktu yang sama, warga negara mesti mengikut Tuhan lebih daripada segalanya, dan tidak meletakkan standard manusia di atas mereka yang diangkat oleh Tuhan.

Warga negara wajib mengikut hati nurani untuk tidak mematuhi arahan pihak berkuasa awam seandainya mereka bercanggah dengan tuntutan moral, hak-hak asasi manusia atau ajaran Injil. Menolak kepatuhan kepada pihak berkuasa awam, apabila tuntutan mereka bercanggah dengan tuntutan hati nurani yang jujur, ada justifikasi dalam perbezaan di antara melayani Tuhan dengan melayani komuniti politik. “Maka itu, berilah kepada Kaisar perkara-perkara yang dimiliki Kaisar, dan kepada Tuhan perkara-perkara yang dimiliki Tuhan.” “Kita mesti mematuhi Tuhan dan bukan manusia.” CCC 2242

Katekisme tidak memberitahu kita “bagaimana” untuk mengundi, tetapi ia ada mengajar kita bahawa kita mesti mengundi, dan mengambil bahagian dalam mana-mana pilihan raya yang diadakan di negara kita. 

Aleteia (Terjemahan)

Berita dalam Bahasa Inggeris: What the Catechism says about voting in an election

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.