Paderi muda belajar tentang “keletihan belas kasihan”

Golongan paderi muda dari Malaysia dan Singapura mengambil gambar berkumpulan.

Oleh Fr George Ho, OCD

KUALA LUMPUR — Keuskupan Agung Kuala Lumpur menjadi tuan rumah kepada Perhimpunan Paderi-Paderi Muda (YPG) Tahunan di Pusat Pastoral Keuskupan Agung (APC) dari 10–13 Oktober lepas.

YPG, yang dianjurkan oleh Komisi Seminarian dan Paderi Keuskupan Serantau, menyaksikan penyertaan 42 paderi, yang sudah berkhidmat tidak sampai lima tahun dalam kebun anggur Tuhan (tahun ini turut melibatkan mereka yang sudah berkhidmat tidak sampai tujuh tahun ekoran COVID-19), dari Malaysia dan Singapura.

Selepas mendaftar diri dan jamuan persaudaraan yang ringan, Misa pembukaan dirayakan di Gereja St Anthony bersama Uskup Agung Julian Leow dan Uskup Richard Ng, selaku presiden komisi tersebut, sebelum mereka makan malam.

Sesi formasi bermula pada hari kedua bersama Fr Michael Raymond OFM Cap dan Fr Mitchel Anthony yang berkongsi pengalaman mereka sebagai paderi muda dan membimbing hadirin tentang cara untuk menangani kesukaran lazim yang mereka sering hadapi. 

Salah satu masalah paling biasa adalah “keletihan belas kasihan”. 

Fr Michael berkata paderi muda mesti belajar untuk bercakap dengan petah tentang kelukaan dan masalah mereka dengan menyantuni paderi lain bagi mendapatkan bantuan dan teman.

Selepas beliau berkongsi tentang buruk baik yang dialaminya sebagai seorang paderi muda, Fr Michael berkata kehidupan seorang paderi adalah satu “kenosis” sepanjang hayat (satu penanggalan personaliti yang perlahan-lahan, satu proses pengasingan yang perlahan-lahan daripada perkara tidak penting: harta milik, pakaian, bahan). 

Paderi Paroki Gereja Gembala Baik di Setapak itu menambah, beliau perlu belajar tentang cara untuk menangani jangkaan daripada dirinya sendiri dan orang lain. 

Beliau juga perlu belajar untuk mengenali diri sendiri kerana setiap manusia diberkati dengan satu tujuan ilahi dalam hidup.

Selepas sesi-sesi ini, para paderi bersiar-siar di sekeliling bandar raya dan merayakan Misa di Gereja Keluarga Kudus, Kajang, dan Gereja Kerahiman Ilahi, Shah Alam.

Sebagai seorang pendiam, perhimpunan seperti ini ternyata mengujakan dan mencabar bagi saya.

Mengujakan kerana saya berjumpa dengan paderi “muda” lain dan berhubung semula dengan beberapa rakan lama dari sembilan keuskupan. 

Mencabar, hanya kerana perhimpunan besar seperti ini bukan sesuatu yang lazim bagi saya.

Bagaimanapun, pada akhirnya, ia ternyata menyeronokkan untuk menyertainya, untuk mendengar tentang perkembangan satu sama lain, mengimbau masa lalu, dan belajar tentang satu dua perkara daripada cabaran pastoral mereka.

Sebelum berpisah, kami bertukar nombor dan menantikan peluang untuk berjumpa semula.

Walaupun saya yang pendiam rasa lega kerana saga itu berakhir, jauh di dalam lubuk hati saya, kalau ada peluang lagi bagi kami untuk berkumpul, saya tidak akan ragu-ragu untuk turut serta! Saya harap ini adalah sama bagi semua paderi lain. 

Herald Malaysia Online (Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Young priests learn about “compassion burnout”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.