Menanggapi kehendak Tuhan dan mendengar suara Roh Kudus

Gambar tangkap layar bagi sebahagian daripada peserta Hari Rekoleksi Bersama Keuskupan Agung Kuching dalam ZOOM pada 3 September 2022.

“Hendaklah sesiapa bertelinga mendengarkan apa yang dikatakan Roh Kudus kepada jemaat-jemaat.” (Wahyu 2:7)

Oleh Ivy Chai

KUCHING — Keuskupan Agung Kuching mengadakan Hari Rekoleksi Bersama pada 3 September menerusi ZOOM bersama paderi, religius, ahli majlis pastoral paroki, dan ketua awam.

Sementara separuh daripada lebih 300 peserta masuk secara individu, peserta lain berhimpun secara berkumpulan di lokasi mereka untuk menyertai rekoleksi tersebut.

Apakah yang dikatakan oleh Roh Kudus kepada Gereja kita?

Uskup Agung Simon Poh

Uskup Agung Simon Poh membahagikan input rohani beliau tentang Perhimpunan Pra-Sinod baru-baru ini, Perhimpunan Pastoral Keuskupan Agung (KAPA) Kedua yang akan berlangsung pada 1–2 Oktober, dan Ulang Tahun Ke-50 Persekutuan Persidangan Uskup-Uskup Asia (FABC) yang dijadualkan pada 12–30 Oktober di Bangkok.

“Apakah yang dikatakan oleh Roh Kudus kepada Gereja kita?” beliau bertanya. “Pada hari ini, kita telah mengadakan Rekoleksi atas satu sebab: untuk berdoa, merenung, mendengar satu sama lain dan Roh Kudus.” Dengan melakukan ini, “apa yang kita cadangkan dan rancang mungkin bukan sahaja daripada ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan manusia tetapi sejajar dengan apa yang diinginkan oleh Tuhan Yesus bagi Gereja-Nya, paroki kita dan keluarga kita”, jelasnya.

Uskup Agung Simon berkata pandemik telah menyoroti isu-isu seperti pelan penggantian dan keperluan untuk mencari orang soleh sebagai pelayan Gereja, masalah sosial, pengangguran, dan peningkatan isu kesihatan mental serta bunuh diri, dan banyak lagi.

Dengan pembukaan semula semua gereja, sekarang semua paroki sibuk dengan kegiatan. Bagaimanapun, prelatus itu menyarankan agar Gereja “mendengar hati anda dan cari Tuhan” dan tidak terlalu sibuk menganjurkan program tanpa menanggapi sama ada kita “bekerja” bagi Gereja atau “membuat” kerja Tuhan.

Sudah tiba masanya bagi kita untuk meluangkan masa dalam doa bagi membina hubungan peribadi dengan Yesus, supaya kita sentiasa berhubung dengan-Nya, kerana Yesus adalah “pohon anggur kita yang sebenar” dan “kita akan mendapat kehidupan daripada-Nya dan kemudian menghasilkan buah”.

Uskup Agung Simon juga menyatakan, pada masa lalu, khususnya sewaktu ‘ACTS’ pada Kongres 2012 dan KAPA Pertama pada 2017, fokus adalah kepada Pembentukan Iman sebagai murid-murid Firman, dan untuk menguatkan Komuni (Kesatuan) dan solidariti di antara paroki-paroki di Keuskupan Agung. Beliau merasakan bahawa masanya sudah tiba sekarang untuk keluar dan melayan—untuk menjalankan Misi.

Peserta Hari Rekoleksi Bersama di lokasi dari St Ann, Kota Padawan.
Sesi perbincangan ‘breakout’ di lokasi dari St Stephen, Bau

Selepas renungan Uskup Agung, semua peserta dibahagikan kepada kumpulan kecil dan dipindahkan ke dalam bilik “breakout” untuk merenungkan dan berbincang mengenai apa yang telah berlaku dalam kehidupan mereka dan bagaimana mereka bertindak ketika menghadapi situasi-situasi sukar dan mencabar. Adakah kita masih dapat percaya bahawa Tuhan akan membuka jalan bagi kita “sedangkan jalan seakan-akan tiada”?

Pengerusi APC, Christina Eng, turut membahagikan penggulungan singkat bagi Perjalanan Sinodal Keuskupan Agung, dan laporan sintesis mengenai hasil daripada Perhimpunan Pra-Sinod Malaysia yang diadakan pada 11 Julai di Pulau Pinang. 

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Discerning God’s will and listening to the voice of the Holy Spirit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.