Program Gotong Royong Belia CYM Zon Saratok di St Mathew, Meruji Kabo

Semua foto: Travis Indit

Oleh Jessica Ruja anak Raphael

SARATOK — Sempena Musim Lent atau Pra-Paska, belia St Ignatius Zon Saratok telah menjalankan program gotong royong di Gereja St Mathew Meruji Kabo dari 23–24 April 2022.

Seramai 10 orang belia dan umat Gereja St Ignatius, Saratok, serta umat Gereja St Mathew, Meruji Kabo, terlibat dalam program tersebut. 

Ia dimulakan dengan taklimat ringkas oleh ketua program, Gabriel Ating, disusuli dengan kerja-kerja gotong royong dan diakhiri dengan perjamuan bersama dan barbeku.

Aktiviti-aktiviti yang dilakukan dalam program gotong royong itu adalah seperti mengecat bingkai jendela, membersih dan mengemas di dalam dan luar gereja, membuat kerja-kerja pembinaan dan penambahbaikan serta menanam bunga di sekeliling kawasan gereja. 

Di sudut lain, kelompok wanita dari Gereja St Mathew sibuk menyediakan hidangan untuk makan tengah hari dan makan malam. 

Aktiviti ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang sebelum ia diteruskan dengan ‘Program Bersama Umat’ di Gereja St Mathew, iaitu barbeku. 

Tujuan program gotong royong itu diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan menggalakkan belia dan umat gereja terlibat dalam melakukan kerja-kerja kebajikan, terutamanya pada Musim Paska. 

Selain itu, program itu dapat membantu umat Gereja St Mathew Meruji untuk mengeratkan ikatan persaudaraan. 

Ia diakhiri dengan Ibadat Sembahyang Hari Minggu yang diketuai Ketua Sembahyang, Matali, diikuti jamuan pagi dan sesi bergambar bersama semua yang hadir. 

Peserta diharapkan dapat merasai makna sebenar musim Pra-Paska, terutamanya ketika melakukan amalan kebajikan seperti bergotong royong.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.