Paroki Gereja St Peter akhiri Proses Sinod dengan Perhimpunan Pastoral Paroki 2022

SELAMAT DATANG … Pengerusi Majlis Paroki, Joseph Wong, mengalu-alukan semua peserta.

KUCHING — Paderi Paroki Gereja St Peter di Padungan, Fr Vincent Chin, telah mengadakan Perhimpunan Pastoral Paroki (PPA) untuk mengakhiri Proses Sinod bagi paroki tersebut pada 26 Jun 2022.

Ia merupakan hari yang amat sesuai sekali untuk mengadakan PPA kerana paroki itu menyambut Hari Raya St Peter pada hari tersebut.

PPA itu dihadiri 42 anggota paroki, yang terdiri daripada ketua-ketua semua organisasi awam di paroki itu, untuk membincangkan isu-isu yang dihadapi mereka dan sama-sama berusaha mencari penyelesaian bagi menyatukan gereja.

Proses sinod Paroki Gereja St Peter bermula pada 18 Oktober 2021.

Beberapa bulan lepas merupakan satu perjalanan mendengar pengalaman umat Katolik pada peringkat akar umbi mengenai bagaimana untuk menjadi Gereja, sebagai teman-teman yang sama-sama berjalan menerusi iman.

Hari itu bermula pada jam 7.30 pagi dengan Misa Kesyukuran, dan pada jam 8.30 pagi, selepas Misa tamat, semua peserta berkumpul di Pusat Paroki untuk bersarapan bersama-sama.

Ini memberi peluang kepada anggota paroki untuk rasa selesa selepas sekian lama tidak berjumpa dengan satu sama lain disebabkan oleh cabaran yang ditimbulkan oleh pandemik COVID-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Prosedur Operasi Standard (SOP), yang menghentikan kegiatan gereja.

Selepas minum kopi, peserta berkumpul di Bilik AVA pada jam 9.15 pagi.

Pengerusi Majlis Paroki St Peter, Joseph Wong, mengalu-alukan semua hadirin dan memberi taklimat tentang acara-acara pada hari itu.

Fr Vincent kemudian memberkati hadirin dengan doa pembukaan dan beliau mendorong semua peserta dalam ucaptama beliau.

SELAMAT DATANG … Pengerusi Majlis Paroki, Joseph Wong, mengalu-alukan semua peserta.

Pada jam 9.45 pagi, para peserta berkumpul dalam kumpulan masing-masing untuk membincangkan perkara-perkara yang ada kaitan dengan bidang-bidang mereka: Pembentukan Iman, Kesatuan (Komuni), Misi, Pembangunan Insan dan Keadilan Sosial.

Seorang fasilitator bagi setiap bidang telah dilantik untuk membantu membimbing perbincangan ke arah yang jelas: Keith Yong (Pembentukan Iman), Elizabeth Kho (Komuni), Martin Chan (Misi), Joseph Yeo (Pembangunan Insan) dan Simon Kong (Keadilan Sosial).

ISU SEMASA … Perbincangan kumpulan sedang diadakan - pasukan Pembangunan Insan membincangkan idea.

Perhimpunan itu amat berjaya sekali dan berhasil berkat usaha Pengerusi Majlis Paroki dan pasukan ahli majlis paroki serta semua peserta.

Majlis Paroki turut mengucapkan terima kasih kepada Fr Vincent kerana bekerja tanpa mengenal penat untuk mencapai matlamat Sinod, “Untuk menjadi suara Gereja dan membantu memaujudkan visi gereja tempatan sebagai komuni Umat Allah Taala dengan penyertaan aktif dalam kehidupan dan misi Gereja”.

Majlis Paroki Gereja St Peter (Terjemahan)


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.