Hujung Minggu Panggilan di Serian

Semua foto: Paroki St Theresa Serian

SERIAN Seramai 53 peserta yang datang daripada sembilan kampung telah menyertai Program Hujung Minggu Panggilan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Panggilan Paroki St Theresa Serian pada 9 Julai lalu.

Buat julung kalinya, Gereja St Vincent, Kampung Mentung Mubuk, menjadi tuan rumah bagi Zon Bidayuh di Bahagian Serian selepas pandemik COVID-19.

Objektif program berkenaan adalah untuk menarik semula minat belia kepada pelayanan selain memberi peluang kepada mereka untuk lebih mendalami panggilan mereka sebagai orang Katolik dengan menguatkan iman mereka kepada Tuhan Yesus.


Tiga penceramah, iaitu Fr Mark Noel Bonchol, Sr Perpetua dan Sr Evelyn berkongsi tentang panggilan berdasarkan pengalaman hidup mereka apabila mereka menyahut “Ya” kepada panggilan masing-masing.

Setiap perkongsian tentang perjalanan hidup mereka sebagai seorang paderi mahupun religius memberi semangat kepada belia untuk tidak takut menjawab “Ya” kepada panggilan mereka. Kesimpulannya, seperti apa yang disebut oleh Sr Perpetua dalam perkongsiannya, “Tuhan memanggil kita semua untuk ambil bahagian dalam pelayanan Kristiani, tetapi Tuhan memanggil sebahagian daripada kita untuk mengabdikan diri secara istimewa, iaitu sebagai seorang paderi atau religius”.


Jawatankuasa Panggilan Paroki St Theresa Serian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.