Gotong-royong di Chapel Mount Hosanna, Sri Aman

Oleh Emelia Rosly dan Aurdie Sabrina

SRI AMAN — Satu aktiviti gotong-royong telah diadakan pada 16 Julai lalu di Chapel Katolik Mount Hosanna, Sri Aman, untuk menceriakan persekitaran dan mengindahkan landskap chapel. Ia disertai jawatankuasa gereja induk dan para pelayan gereja lain.

Melalui aktiviti sebegini, jawatankuasa gereja berharap untuk memupuk semangat kerjasama sesama anggota gereja, seterusnya memperbaharui komitmen masing-masing dalam menjalankan tugasan sebagai pelayan gereja.

Aktiviti ini adalah satu wadah yang tepat untuk mengeratkan hubungan mereka dan membantu mereka mengenali serta memahami keperluan gereja.

Justeru, para pelayan gereja diharapkan dapat memberi khidmat yang sebaiknya kepada jemaat, seterusnya menjalankan pelayanan dengan hati yang tulus ikhlas tanpa mengharapkan sebarang imbuhan. Aktiviti sebegini juga diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.