SJFS meraikan perayaan berganda yang meriah dengan “Rhythm & Colour”

KUCHING — Kumpulan Sekolah St Joseph, Kuching, akan mengadakan sambutan ulang tahun berganda tahun ini pada 5 dan 6 Ogos. Sempena perayaan ini, sekolah tersebut menganjurkan ‘variety show’ yang akan memaparkan bakat pelajar mereka dalam seni persembahan. Tema ‘Rhythm and ColourThe Family Celebrates!’ memang cocok dengan perayaan tersebut. Pada waktu yang sama, pertunjukan itu akan mengutip dana untuk bangunan sekolah baharu mereka.

Sekolah-sekolah kebangsaan berkenaan, iaitu Sekolah Rendah Swasta St Joseph dan Sekolah Menengah Swasta St Joseph, akan meraikan ulang tahun ke-10 mereka manakala Sekolah Antarabangsa St Joseph akan meraikan ulang tahunnya yang kelima.

Perayaan itu akan memberi peluang kepada komuniti sekolah untuk mengimbau zaman sekolah mereka yang indah dahulu. Sekolah St Joseph, sekarang dikenali sebagai SMK St Joseph, dimulakan oleh Perkumpulan Mubaligh St Joseph (Bapa-Bapa Mill Hill) pada 1882. Pengurusan sekolah telah diserahkan pada zaman 1950an kepada Perkumpulan Rohaniwan La Salle (La Salle Brothers) yang mengurus sekolah tersebut selama 35 tahun. 

Sekolah St Joseph terkenal kerana pembentukan keperibadian dan akademik, seperti yang dijelaskan oleh alumni dan guru yang kini bekerja dalam Kumpulan Sekolah St Joseph. Perkumpulan ‘La Salle Brothers’ turut memupuk dalam pelajar mereka kasih dan minat mendalam kepada seni persembahan dengan menganjurkan ‘variety show’ tahunan dan mengadakan pementasan bagi pertandingan drama.

Legasi ini sekarang jelas dalam generasi warga St Joseph pada hari ini, yang belajar di Kumpulan Sekolah St Joseph. Usaha mereka yang kreatif, baik penerbitan muzikal, drama dan tarian, telah mencapai pengiktirafan antarabangsa sejak beberapa tahun lalu.

Untuk meneruskan legasi pembentukan keperibadian dan akademik serta seni persembahan, sebuah bangunan sekolah baharu dengan lebih banyak kemudahan pembelajaran, dewan sekolah dan ruang seni persembahan yang amat diperlukan sedang dalam perancangan dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Swasta St Joseph, Jalan Nagor (Off Jalan Satok), Kuching. Acara itu menyasari kutipan sebanyak RM200,000 hingga RM300,000 bagi bangunan baharu tersebut.

Semua alumni dan penyokong sekolah digalakkan untuk menyertai perayaan itu dalam talian pada jam 7.30 pm pada 5 dan 6 Ogos. Ia akan distrim secara langsung di laman sesawang sekolah ‘Rhythm and Colour’: https://sites.google.com/stjosephkuching.edu.my/rhythmandcolour2022/home.

Mereka yang ingin membuat sumbangan kepada tabung bangunan sekolah boleh menghubungi pejabat sekolah atau menderma dalam talian menerusi SPay Global, dahulu dikenali sebagai Sarawak Pay, pada dua malam ‘Rhythm and Colour’. 

Sumbangan dalam talian juga boleh dibuat menerusi perpindahan bank seperti berikut: 

Nama Akaun: St Joseph’s Private School Building Fund

Bank: Public Bank

Nombor akaun: 3171100513

Kumpulan Sekolah St Joseph, Kuching (Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: SJFS celebrate joyous double-celebration with “Rhythm & Colour”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.