Oleh Augustine Leeroy Garet
KOTA PADAWAN — Pada hari Jumaat tanggal 25 Mac 2022 yang lalu, satu lagi tarikh yang bersejarah bagi umat Paroki Santa Anna iaitu dengan berlangsungnya sebuah Majlis Menandatangani Memoradum Perjanjian untuk Projek Pembinaan Kompleks Gereja St Anna bagi fasa yang kedua. Majlis menandatangani perjanjian tersebut telah disempurnakan oleh pemangku rektor, Friar Don Don Ramerez OFM bersama-sama dengan pihak kontraktor. Sebagai tambahan, majlis yang penuh makna dan ringkas itu turut dihadiri oleh Encik Philip Gaweng (kanan ke kiri) mantan pengerusi majlis pastoral Paroki Santa Anna yang sebelumnya, Friar David Au OFM, Encik Judas Ligon (pengerusi majlis pastoral Paroki St Anna terkini), Friar Aiden Peter OFM dan wakil kontraktor. Kompleks Gereja St Anna bagi fasa kedua akan merangkumi pembinaan blok pentadbiran dan bilik kelas agama. Semoga Tuhan terus memberkati projek ini dan umat di paroki ini serta seluruh dunia!