Martir-martir Compiègne: Siapakah mereka?

Para Karmelite dari Compiegne yang dihadapkan dengan hukaman penggal kepala. Ilustrasi diambil dari Louis David, O.S.B. 1906.

Oleh Ivy Chai

Berdoa untuk mukjizat?

Mahukah anda didoakan oleh Martir-martir Compiègne?

Martir-martir Compiègne merupakan 16 anggota Carmel di Compiègne, yang dibunuh pada 17 Julai 1794 sewaktu Revolusi Perancis. Martir-martir tersebut diisytiharkan ‘venerable’ (terhormat) pada 1902 dan ‘beatified’ (berbahagia) pada 1906.

Kumpulan biarawati itu enggan tunduk kepada Perlembagaan Sivil bagi Golongan Paderi, satu undang-undang yang diluluskan pada 1790, yang meletakkan Gereja Katolik di bawah kerajaan revolusi, merampas semua tanah Gereja, dan mengharamkan perkumpulan religius.

Tingkap kaca berwarna di Gereja Saint-Honoré d’Eylau di Paris.

Perkumpulan Carmelite di Compiègne melawan penindasan ke atas biara mereka, dan sebab itulah mereka ditangkap pada Jun 1794 dan dipenjara di biara ‘Visitation’ di Compiègne, di mana mereka menyerahkan diri setiap hari demi kedamaian Perancis dan Gereja.

Pada 17 Julai 1794, mereka dibicara di Paris, disabit kesalahan atas tuduhan menderhaka, dan dijatuhi hukuman dipenggal dengan gilotin. 

Takdir menentukan mereka memakai jubah religius mereka yang telah diharamkan, kerana baju sekular mereka sedang dibasuh pada hari perbicaraan.

Membuka Proses Kanonisasi “menurut kesamaan” bagi Martir-martir di Compiègne

Perkumpulan Sister Carmelite di Biara Hati Suci Maria (Immaculate Heart of Mary) di Kuching, telah menerima permintaan daripada Ketua Postulator di Rom, Father Marco del S. Cuore OCD, untuk berkongsi berita gembira mereka baru-baru ini. 

Dalam sepucuk surat bertarikh 1 Februari 2022, Bapa Suci, atas permintaan yang dibuat oleh Persidangan Keuskupan Perancis, dengan sokongan Perkumpulan Carmelites Discalced (OCD), telah bersetuju untuk membuka proses khas Kanonisasi “menurut kesamaan” bagi 16 Martir Carmelite di Compiègne, iaitu Bonda Teresa St Augustine dan Sahabat-sahabat.

Surat pemberitahuan itu memohon “untuk melaporkan sebarang rahmat yang telah berlaku menerusi doa perantaraan mereka” dan “ada mengalami dan/atau tahu tentang” doa-doa yang dimakbulkan.

Semua bahan harus dihantar secepat mungkin menerusi emel ke carmelitesdecompiegne@gmail.com dan dialamatkan kepada Claire Millet ocds. 

“Kerja konsisten adalah untuk menunjukkan kelebaran kemasyhuran kekudusan dan tanda-tanda yang menyelubungi Martir-Martir ini di dunia,” tambah Ketua Postulator itu.

Senarai Martir-Martir
Martir-Martir di Compiègne terdiri daripada 11 biarawati, tiga rohaniwati awam, dan dua extern (atau tertiary).

Golongan Biarawati Koir
Mother Teresa of St Augustine, ketua biarawati (Madeleine-Claudine Ledoine). Dilahirkan di Paris, 22 September 1752. Membuat ikrar kaul pada Mei 1775. Beliau merupakan anak tunggal seorang pekerja di Observatori Paris.

Mother St Louis, penolong ketua biarawati (Marie-Anne [atau Antoinette] Brideau). Dilahirkan di Belfort, 7 Disember 1752. Membuat ikrar kaul pada September 1771. Bapanya adalah seorang askar profesional, mungkin ditugaskan di Compiègne pada suatu ketika dalam kariernya. 

Mother Henriette of Jesus, bekas ketua biarawati bagi dua penggal, dipilih oleh komuniti itu pada 1779 dan 1782; guru novis (Marie-Françoise Gabrielle de Croissy). Dilahirkan di Paris, 18 Jun 1745. Membuat ikrar kaul pada Februari 1764, ketua biarawati dari 1779 hingga 1785. Mother Henriette merupakan cucu saudara perempuan Jean-Baptiste Colbert, iaitu menteri Raja Louis XIV. Beliau sudah menghabiskan separuh kehidupannya sebagai seorang Carmelite pada waktu pembunuhannya, selepas beliau pergi ke Compiègne ketika beliau berusia 16 tahun. Kemasukannya pada mulanya ditolak oleh ketua biarawati ketika itu kerana usianya yang muda. Beliau dihantar pulang di Amiens selama setahun lagi, dan akhirnya membuat ikrar kaul pada 1764.

Sister Mary of Jesus Crucified (Marie-Anne Piedcourt). Dilahirkan pada 1715, membuat ikrar kaul pada 1737. Menurut penulis, John B. Wainewright, Sister Mary naik ke atas pentas di mana beliau akan dibunuh, beliau berkata, “Saya mengampuni anda seikhlas saya ingin Tuhan mengampuni saya.”

Sister Charlotte of the Resurrection, bekas penolong ketua biarawati (1764 dan 1778) dan sakristan (Anne-Marie-Madeleine Thouret). Dilahirkan di Mouy, 16 September 1715. Membuat ikrar kaul pada Ogos 1740. Sister Charlotte merupakan rohaniwati tertua dalam kumpulan martir ini. Beliau “memiliki minda yang sangat cergas” dan “secara semula jadi cenderung ke arah keriangan”.

Sister Euphrasia of the Immaculate Conception (Marie-Claude Cyprienne). Dilahirkan pada 1736 di Bourth. Membuat ikrar kaul pada 1757; memasuki Compiègne pada 1756 di usia 20 tahun. Beliau cerdas, lucu, dan “memiliki daya tarikan luaran yang tidak dapat dinafikan”. 

Sister Teresa of the Sacred Heart of Mary (Marie-Antoniette Hanisset). Dilahirkan di Rheims pada 1740 atau 1742. Membuat ikrar kaul pada 1764. Beliau adalah anak perempuan seorang pembuat pelana. Beliau berkhidmat sebagai rohaniwati putar dalaman (interior turn sister) Carmel, yang menerima barangan untuk komuniti mereka daripada dunia luar.

Sister Julie Louise of Jesus, balu (Rose-Chrétien de la Neuville). Dilahirkan di Loreau (atau Évreux), pada 1741. Membuat ikrar kaul mungkin pada 1777. Beliau telah mengahwini seorang sepupu walaupun panggilannya adalah kepada kehidupan religius. Selepas suaminya mati awal, beliau menjadi begitu murung dan dukacita, beliau berkabung dengan begitu mendalam sekali, sehinggakan keluarganya bimbang mengenai kewarasannya. Beliau menerima bantuan daripada seorang paderi yang ada kaitan dengan keluarganya dan pulih dengan fahaman baharu tentang panggilannya. 

Sister Teresa of St Ignatius (Marie-Gabrielle Trézel). Dilahirkan di Compiègne, 4 April 1743. Membuat ikrar kaul pada 1771. Beliau merupakan anak jati Compiègne. Beliau dianggap sebagai “seorang mistik dengan naluri bagi Yang Mutlak”.

Sister Mary-Henrietta of Providence (Anne Petras). Dilahirkan di Cajarc, 17 Jun 1760. Membuat ikrar kaul pada Oktober 1786. Sebelum menyertai perkumpulan Carmelite, Sister Mary-Henrietta adalah anggota perkumpulan Sisters of Charity di Nevers. Beliau berasal daripada sebuah keluarga besar yang alim; lima saudarinya turut menjadi rohaniwati dalam perkumpulan Nevers, dan dua saudaranya adalah paderi.

Sister Constance of St Denis, novis (Marie-Geneviève Meunier). Dilahirkan di Saint-Denis, 28 Mei 1765 atau 1766. Sister Constance merupakan anggota komuniti itu yang paling muda. Beliau dilarang daripada membuat ikrar kaulnya sebagai biarawayi disebabkan oleh undang-undang revolusi yang mengharamkannya, maka itu beliau membuat ikrar kaul kepada Mother Teresa sebelum beliau dibunuh.

Rohaniwati Awam
Sister St Martha, rohaniwati awam (Marie Dufour). Dilahirkan di Beaune, 1 atau 2 Oktober 1742. Memasuki komuniti ini pada 1772.

Sister Mary of the Holy Spirit, rohaniwati awam (Angélique Roussel). Dilahirkan di Fresnes, 4 Ogos 1742. Membuat ikrar kaul pada 1769.

Sister St Francis Xavier (Julie Vérolot), rohaniwati awam. Dilahirkan di Laignes atau Lignières, 11 Januari 1764. Membuat ikrar kaul pada 1789.

Extern
Catherine Soiron, dilahirkan pada 1742.

Thérèse Soiron, dilahirkan pada 1748. Kedua-dua mereka merupakan tersiari yang berkhidmat kepada komuniti ini sejak 1772.

Kisah/Bio Martir-Martir di Compiègne yang diambil daripada Wikipedia. 

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: The Blessed Martyrs of Compiègne: Who were they?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.