Program Doa Rosari Kudus Anjuran Belia Zon Saratok

Sesi bergambar bersama Br Henry Jimbey dan Br Henry dari Seminari oleh belia serta ibu bapa peserta dari Zon Sri Aman, Zon Lubuk Antu, Zon Betong dan Zon Saratok. (Foto: Fabian Dickson)

Oleh Jessica Ruja Anak Raphael

SRI AMAN — Seiringan dengan program kerohanian bulanan di Paroki Sri Aman, Pergerakan Belia Paroki (PYM) Our Lady Queen of Peace Sri Aman dengan kerjasama Ministri Belia Katolik (CYM) Zon Saratok telah menganjurkan program Doa Rosari Kudus pada Sabtu, 29 Januari 2022 di Pusat Gereja Katolik St Ignatius, Saratok. 

Dengan tema ‘Jesus We Enthrone You’ (Yesus, Kami Mentakhtakan-Mu), program ini telah disertai seramai 60 orang belia serta ibu bapa dari zon yang berlainan, iaitu Zon Sri Aman, Zon Lubuk Antu, Zon Betong, dan Zon Saratok. 

Objektif program ini diadakan adalah untuk memperingati Bonda Maria dan membentuk kerohanian melalui program Doa Rosari tersebut.

Br Henry Jimbey (kanan) menyerahkan sumbangan untuk aktiviti kepada ketua PYM OLQP, Antonius Remon (kiri). (Foto: Fabian Dickson)

Antara pengisian program ini ialah perkongsian daripada Br Henry iaitu salah seorang Seminarian yang menerangkan mengenai maksud Doa Rosari dan pengalaman berdoa Rosari dalam kehidupan peribadi beliau.

Beliau juga mengajak para belia untuk memperingati Bonda Maria dalam pelayanan Gereja.

Selain itu, Br Henry Jimbey turut memberikan ucapan penghargaan beliau kepada tetamu yang hadir setelah selesainya Doa Rosari. 

Beliau juga telah menyerahkan sumbangan bagi aktiviti belia kepada ketua PYM OLQP, Antonius Remon. 

Program ini diakhiri dengan sesi bergambar bersama tetamu yang hadir, disusuli jamuan persaudaraan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.