Oleh Augustine Leeroy Garet
KOTA PADAWAN — Tanggal 25 Februari 2022 yang lalu merupakan hari peringatan bagi Santo Polikarp, yang merupakan seorang uskup dan martir.
Setiap komuniti di taman dan kampung di bawah Paroki St Ann mempunyai penaung tersendiri yang terdiri daripada Orang Kudus, iaitu santo dan santa.
Santo Polikarp merupakan santo penaung bagi komuniti gereja di Taman RPR Landeh.
Misa bagi memperingati santo tersebut telah dirayakan oleh Friar Don Don Ramerez pada jam 7.30 malam, dan seramai 250 jemaat dari komuniti tersebut telah hadir untuk meaeyakan Hari Perayaan bagi taman mereka.
Mereka turut menyaksikan persembahan tarian kebudayaan daripada Kelab Kebudayaan Santo Polikarp, dan diteruskan dengan upacara pemotongan kek yang simbolik oleh Friar Don Don bersama ahli-ahli Jawatankuasa Induk Komunti Santo Polikarp, dan ia diakhiri dengan penyampaian cenderahati.
Bagi mematuhi garis panduan (SOP) yang telah ditetapkan, jemaat telah diagihkan bungkusan makanan untuk dibawa pulang, tidak seperti pada tahun sebelum pandemik COVID-19 apabila makanan dinikmati secara ‘potluck’.