Gereja Korea Selatan mentahbis 23 paderi baharu

Calon-calon paderi meniarap sambil berdoa sementara mereka menunggu pentahbisan.

Oleh Anna Poce

SEOUL, KOREA SELATAN — Seramai 23 paderi baharu ditahbis pada Jumaat di Katedral Myeongdong, Seoul, dalam perayaan Ekaristi yang dipimpin oleh Uskup Agung Peter Chung Soon-taick, O.C.D.

Beliau diiringi dalam perayaan itu oleh Monsignor Fernando Reis, Ketua Pegawai Urusan Nunsiatur Apostolik di Korea, selain Kardinal Andrew Yeom dan Uskup-Uskup Auksiliari Keuskupan Agung.

Misa Distrim Secara Langsung

Misa, yang dihadiri secara fizikal hanya oleh ibu bapa para paderi baharu – untuk mematuhi sepenuhnya protokol COVID-19 yang ditetapkan oleh kerajaan Korea Selatan – distrim secara langsung di saluran keuskupan, TV Catholic Peace Broadcasting Corporation, dan di saluran YouTube miliknya.

Pada hujung perayaan, Uskup Agung Chung bersyukur kepada Tuhan kerana memakbulkan pentahbisan ini.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa para paderi baharu, dan semua pastor, rahib, guru, dan pembimbing rohani yang membantu mereka memupuk panggilan religius mereka.

Uskup Agung Chung kemudian menyuarakan rasa syukur beliau kepada kakitangan seminari dan para dermawan yang menyokong para paderi yang baharu ditahbis dalam khidmat mereka kepada Gereja.

‘Gereja yang memberi’

Tiga paderi baharu, tegas Uskup Agung itu, adalah anggota-anggota ‘Seoul International Catholic Missionary Society’ atau Persatuan Misionari Katolik Antarabangsa Seoul’, sebuah kumpulan yang ditubuhkan pada 2005 oleh Keuskupan Agung Seoul, dengan komitmen untuk mengutus misionari atau mubaligh ke Amerika Latin.

Beliau menyifatkan inisiatif itu sebagai satu tanda konkrit bahawa Gereja di Korea “sudah mengubah diri daripada ‘Gereja yang mengalu-alukan’ kepada ‘Gereja yang memberi’, bersedia untuk menyahut visi misionari dan solidariti di luar negara, dan oleh yang demikian bersedia bagi ‘Missio ad Gentes’”. Keuskupan Agung Seoul, setakat Januari 2022, mempunyai 966 paderi, termasuk seorang kardinal, seorang uskup agung, tiga uskup, dan lima paderi dengan gelaran Monsignor.

Galeri Gambar

Procession to enter the Cathedral
Perarakan memasuki Katedral.
The Bishops present at the Mass lay hands on the newly-ordained priests
Uskup-Uskup yang menghadiri Misa menopang tangan ke atas para paderi yang baharu ditahbis.
Priests lay hands on the heads of their new priestly brothers
Para paderi menopang tangan di atas kepala saudara-saudara paderi mereka yang baharu.

Vatican News (Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: South Korean Church ordains nearly two dozen new priests

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.