Oleh Jude De’Rozario
KUCHING — Jemaat paroki yang menghadiri perayaan Misa Hari Tahun Baharu 2022 di Chapel Bonda Maria, Stutong, menyaksikan pelancaran Fasa Kedua ‘Ikrar 1 Juta Doa Rosari’.
Tujuan ‘Ikrar 1 Juta Doa Rosari’ ini adalah untuk membina bangunan baharu Gereja Bonda Maria, Stutong.
Jemaat paroki di chapel itu dijemput untuk memohon bantuan dan doa perantaraan Bonda kita dalam projek pembinaan gereja itu.
Misa Kudus Hari Tahun Baharu 2022 pada jam 9.30 pagi itu dihadiri 57 jemaat paroki dan dirayakan oleh Msgr William Sabang, selaku Rektor Chapel Bonda Maria, Stutong.
(Terjemahan)
Berita dalam Bahasa Inggeris: Chapel of Mother Mary, Stutong unveils “1 Million Rosary Prayers Pledge”