Membina Hubungan Kristian-Muslim

Pn Zabariah menyampaikan ceramah yang bertajuk "Being a Muslim"
Pn Zabariah menyampaikan ceramah yang bertajuk “Sebagai Orang Muslim”

KUCHING — Ekoran kemerosotan hubungan yang membimbangkan di antara rakyat berbilang kepercayaan agama di beberapa tempat di Malaysia, Gereja tempatan telah mengalami harapan dalam usaha membina jambatan dengan orang Muslim. 

Pada 17 Februari lalu, atas pelawaan Uskup Agung John Ha, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Maklumat Islam (IIC) Puan Zabariah bt Haji Matali telah melawat Pusat Paderi Bersara Mother Mary di Stutong untuk membahagikan maklumat bersama paderi-paderi keuskupan agung ini di perhimpunan bulanan mereka.

Pembentangannya bertajuk “Sebagai Orang Muslim” – beliau berkongsi kepercayaan orang Muslim selain amalan yang mereka buat pada bulan Ramadan yang mempunyai persamaan dengan disiplin Musim Lent bagi orang Kristian.

Antaranya adalah doa, puasa dan sedekah. Ia adalah pagi di mana wakil-wakil daripada dua kepercayaan agama saling memperkayakan satu sama lain.

Di akhir pembentangan, Uskup Agung John Ha dan Puan Zabariah bertukar hadiah. Puan Zabariah memberi bahan mengenai Islam kepada Uskup Agung manakala Uskup Agung menyampaikan kepada Zabariah senaskhah buku Nostra Aetate – Deklarasi Vatikan mengenai Hubungan Gereja dengan Agama-agama Bukan Kristian – yang menyuarakan penghormatan bagi orang Muslim dan menyeru kepada orang Kristian dan orang Muslim untuk “berusaha dengan ikhlas untuk saling faham-memahami antara satu sama lain dan memelihara serta sama-sama memupuknya demi kebaikan umat manusia, keadilan sosial dan kebajikan moral selain keamanan dan kebebasan”.

Pembentangan disusuli majlis makan tengah hari tidak rasmi di mana paderi dan kakitangan IIC dapat membina silaturahim.
Kita harap ini dapat menandakan permulaan bagi hubungan yang lebih erat dengan sikap hormat dan saling menerima di antara orang Katolik dan orang Islam di Sarawak.

Puan Zabariah merupakan anak jati Sarawak dari Marudi yang sudah menerajui IIC sejak ia ditubuhkan pada 2008.

Matlamat IIC termasuk termasuk berusaha untuk mempromosikan dialog antara agama dan kefahaman dibimbing oleh prinsip keterangkuman dan kesejagatan yang mereka percaya adalah ajaran Islam.

Father Felix Au (Terjemahan)

Read the same news in English


Today’s Catholic Vol.27 No.12 March 2016

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.