Oleh Ivy Chai
KUCHING — Emmaus Servant Community di Paroki Gereja Blessed Sacrament tetap setia dan komited kepada penyata misinya untuk mengasihi dan melayani (Love & Serve).
Walaupun banyak sekatan pergerakan telah dilaksanakan disebabkan oleh pandemik COVID-19 sejak Mac 2020, kelompok doa mingguan Emmaus telah diadakan semula dalam tempoh beberapa bulan terakhir pada 2020 menerusi Zoom.
Sesi ‘penopangan tangan’ dalam talian selepas kelompok tersebut diadakan semula beberapa bulan lalu, dan ‘malam pelayanan’ pertama diadakan pada April lalu.
Ia adalah amalan Komuniti itu untuk menjemput rektor paroki, yang memangku jawatan Ketua Gembala Komuniti Emmaus, untuk menyampaikan ceramah dalam kelompok doa.
Emmaus bersyukur kepada gembala baharu mereka, Father Patrick Heng, yang menunjukkan komitmennya kepada jemaat baharunya sejak tiga bulan lalu dengan renungannya yang menarik berhubung Bacaan Kitab tentang Golongan Farisi dan Pengumpul Cukai; ceramah mengenai Santo Yosef sempena Tahun Santo Yosef, dan melengkapkannya dengan pandangan yang amat baik tentang Surat Apostolik PATRIS CORDE (Dengan Hati Seorang Bapa) pada 25 Ogos lalu. Ini merupakan renungan peribadi Paus Francis mengenai Penaung Gereja Katolik tersebut.
Father Patrick telah menunjukkan kepada kita bahawa “Tuhan tidak menghakimi mahupun mendengar hanya mereka yang dapat menyebut doa-doa mereka dengan baik”. Tuhan mendengar dan menjawab doa dari hati yang ikhlas, termasuk doa paling sederhana. Ini mungkin di dalam mahupun di luar lingkungan Gereja dan persekitarannya.
“Doa merupakan tindak balas kita sebagai manusia kepada Tuhan. Doa adalah kepercayaan yang diamalkan. Doa yang ikhlas dari hati mungkin doa yang paling susah sekali.”
Kelompok doa Emmaus (Inggeris) diadakan menerusi Zoom pada jam 7.30 malam Hari Rabu (yang dimulakan dengan menyebut chaplet Kerahiman Ilahi).
Kumpulan Emmaus Cina pula mengadakan sesi berasingan pada jam 7.15 malam (dengan doa Rosari) pada Hari Jumaat.
(Terjemahan)
Berita dalam Bahasa Inggeris: Prayer is our human response to God