Batu Kitang: Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) baru-baru ini yang dikuatkuasakan di Kampung Bumbok, Gereja Katolik Maria, Bonda Allah, telah menawarkan gereja dan perkarangannya untuk digunakan sebagai pusat saringan calitan bagi seluruh komuniti.
Kanopi tambahan telah didirikan untuk melengkapkan anjung tertup di hadapan gereja.
Gereja Katolik Maria, Bonda Allah, menggalakkan komuniti Katolik di kampung tersebut untuk mengikut Misa Hari Minggu strim langsung dari Katedral St Joseph, Kuching. Gereja itu juga kini sedang berusaha untuk menyediakan bakul makanan bagi keluarga yang memerlukan bantuan di sana.
(Terjemahan)