UNIFOR keluarkan SOP baharu untuk Fasa 2 Pemulihan Sarawak

Uskup Agung Simon Poh. (Foto fail)

Oleh Ivy Chai

KUCHING Pengerusi Persatuan Gereja-Gereja Sarawak (ACS), Uskup Agung Simon Poh, telah menyuarakan penghargaan kepada UNIFOR bagi Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu yang membenarkan rumah ibadat dan gereja dibuka semula kepada kongregasi mereka. 

Bagaimanapun, selepas konsultasi dengan ketua-ketua gereja ACS, konsensus umum adalah “untuk berwaspada dan berhati-hati sebelum membuka gereja kita seawal hujung minggu ini, terutamanya di Kuching di mana kes jangkitan semakin meningkat dan mencapai 184 menurut laporan pada Jumaat. Kita juga tahu bahawa ini mungkin jangkitan varian Delta yang kini sudah dikesan di Sarawak,” Uskup Agung memaklumkan media pada 23 Julai lalu.

Kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah dinasihatkan untuk menangguhkan pembukaan semula “kerana lingkaran sosial umum bagi kontak oleh orang dalam kawasan yang terjejas itu”.

Uskup Agung Simon memberitahu sejak PKP pada Jun lalu dan kempen sekarang untuk mempercepatkan vaksinasi, kita sedang melihat lengkuk jangkitan diratakan dengan perlahan.

Beliau merasakan “ia adalah penting bagi kita untuk tidak merosakkan pengorbanan selama berbulan-bulan yang kita telah lakukan untuk membendung gelombang ini”.

Semua rumah ibadat untuk memelihara SOP keselamatan

Uskup Ketua menambah: “Memandangkan virus COViD-19 menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengambil kira kebudayaan, bangsa, kepercayaan atau status sosial, ia adalah penting bagi kita, sebagai rakyat Sarawak dan terutamanya di semua rumah ibadat – katedral, gereja, kuil, tokong, masjid, surau dan pusat keagamaan lain – bersatu hati dan fikiran, memelihara SOP keselamatan bagi ibadat kita – terutamanya apabila rumah ibadat kita mengutip mata untuk pengikut masing-masing yang datang dari berbagai lokasi di sesebuah bandar raya, bandar atau kampung sekitar. Dan setiap keluarga memiliki lingkaran kontak sosial mereka yang tersendiri. Marilah kita bekerja bersama demi kebaikan semua tatkala kita berusaha untuk membendung gelombang sekarang.”

Uskup Agung Simon turut menggalakkan semua pemimpin keagamaan untuk sentiasa berdoa dan malah mencadangkan agar setiap kongregasi “menjadi pusat kerahiman dan belaskasihan apabila kita menderma dan mendapatkan bantuan makanan untuk diagihkan kepada keluarga di kawasan bandar atau penduduk di kampung luar bandar yang memerlukan bantuan. Justeru, sementara kita sendiri mungkin mengalami kesusahan, marilah kita hidup dengan sederhana, dan kita dapat menyumbang sebarang kelebihan yang kita miliki untuk membantu satu sama lain yang berada dalam situasi yang lebih teruk daripada kita. Apabila semua orang menghulurkan tangan dan memberi sumbangan sedikit, kita menjadikan dunia tempat yang lebih baik hati, dengan menawarkan harapan dan bantuan segera kepada mereka yang menderita”.

“Saya menggesa kepada semua orang Kristian dan orang yang berniat baik untuk menyahut dengan kebaikan dan kemurahan hati. Bersama kita dapat membawa perbezaan bagi mereka yang memerlukan bantuan. Memandangkan kita baharu sahaja menyambut Hari Sarawak, biarlah perpaduan dan keharmonian kita menjadi saksi bagi siapa kita sebagai rakyat Sarawak. Semoga Allah memberkati, melindungi dan membebaskan kita daripada pandemik ini. Amin.”

Gereja-gereja dalam Keuskupan Agung Kuching

Bagi Keuskupan Agung Katolik Kuching, Uskup Agung Simon berkata kebanyakan paderi bersetuju dengannya, bahawa mengambil kira ketidaktentuan varian Delta yang sudah dikesan di Sarawak, gereja-gereja akan menggunakan minggu akan datang untuk mengemaskinikan SOP yang sedia ada selain menjalankan latihan dan semakan dalaman bagi pasukan-pasukan ibadat dan sembahyang, sebelum dibuka semula. “Pada akhirnya, kesihatan dan keselamatan umat kita adalah keutamaan kita yang juga akan menyumbang kepada keselamatan umum bagi seluruh rakyat Sarawak,” katanya.

Muat turun SOP bagi Rumah Ibadat (BM)
Muat turun SOP bagi Upacara Pengkebumian (BM)

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: UNIFOR releases new SOPs for Sarawak Recovery Phase 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.