Oleh Ivy Chai
KUCHING — Kerajaan Sarawak melaksanakan fasa 2 Program Vaksinasi COVID-19 di Kuching bagi warga emas berusia 60 tahun ke atas dan golongan yang mempunyai penyakit kronik atau komorbiditi, di Stadium Perpaduan Petra Jaya, pada 23 April lalu.
Di antara mereka yang berdaftar untuk menerima vaksinasi mereka pada hari pertama adalah Uskup Agung Simon Poh dan Uskup Agung Emeritus Peter Chung dari Keuskupan Agung Roman Katolik Kuching.
Uskup Anglikan Danald Jute juga merupakan salah seorang uskup yang menerima vaksinasi pada hari yang sama.
Uskup Agung Emeritus John Ha menerima vaksinasi pada hujung April.
Uskup Agung Simon Poh menerima vaksin.
Apabila ditanya perasaan beliau selepas menerima dos pertama vaksin, Uskup Agung Simon berkata, “Ok. Tidak begitu susah. Saya dapat bekerja dengan selesa sepanjang petang.”
(Terjemahan)
Berita dalam Bahasa Inggeris: COVID-19: Local Bishops among Phase 2 group receiving first dose of vaccine