KUCHING — Pada 15 April lepas, satu kejutan menanti Uskup Agung Simon Poh apabila beliau tiba di pejabatnya di ACCPC selepas pagi yang begitu sibuk. Kakitangan di Pejabat Uskup Agung menyampaikan kek harijadi kepadanya sempena harijadinya yang ke-58 dengan mengamalkan SOP pandemik yang ketat.
Uskup Agung Simon sebelum itu menjalankan upacara pembaptisan, upacara pengebumian dan menziarahi keluarga yang mengalami kematian sebelum beliau pergi ke pejabat.