Keuskupan Agung Kuching tahbis Diakon baharu dalam Misa dalam talian

Diakon yang baharu ditahbis Mark Bonchol menerima Kitab Injll daripada Uskup Agung Simon Poh, disaksikan oleh Fr Nicholas Ng. (Foto: Today's Catholic / Shannon Wei)

Oleh Ivy Chai

KUCHING  Presbiterium Keuskupan Agung Kuching menyambut seorang diakon baharu pada 25 Mac 2021.

Mark Noel Bonchol, yang berusia 48 tahun, dipilih untuk menyertai Perkumpulan Diakon (Order of Deacons) dalam satu Misa yang distrim secara langsung sempena Hari Raya Pengumuman Tentang Tuhan.

Upacara Kemasukan bagi Perkumpulan Diakon dan Paderi, Deklarasi Kebebasan dan Kesediaan untuk menerima Kesucian dan Kepatuhan, dan Lafaz Ikrar serta Ikrar Kesetiaan, sudah diadakan dua hari sebelum itu.

Diakon Mark Bonchol

Diakon Mark yang baharu ditahbis merupakan anak bongsu dalam keluarga yang terdiri daripada empat adik-beradik. Kakaknya Ann dan abangnya Andy yang diiringi isterinya, Jenny, hadir pada pentahbisannya sebagai Diakon.

Seorang lagi abangnya, Allan, tinggal di seberang laut, manakala ibunya Katie Lau pula tidak dapat hadir.

Panggilan lewat Diakon Mark bermula pada 2013 apabila beliau diterima ke dalam Kolej St Peter di Kota Kinabalu, Sabah, untuk tahun inisiasinya.

Beliau meneruskan formasinya di Seminari Utama Kolej St Peter, Kuching, pada 2014, dan menamatkan kajian falsafah dan kajian teologinya pada bulan Mei 2020.

Sebelum itu, beliau lulus dengan ijazah Sarjana Muda Kesenian (BA) dari sebuah universiti di Australia dan Diploma Pasca Graduan dalam Pengurusan Sumber Manusia (HRM) dari United Kingdom. Beliau kemudian bekerja dalam sektor swasta dan sektor awam.

Sejak Ogos 2020, Mark berada di Gereja Holy Trinity, Kenyalang Park, untuk pembangunan pelayanan pastoral selanjutnya.

Sewaktu Pentadbisan Diakon yang dipimpin oleh Uskup Agung Simon Poh dan disaksikan oleh Fr Nicholas Ng, selaku Rektor Seminari Utama Kolej St Peter, seminarian Mark mengumumkan hasratnya untuk mematuhi Upacara Pentahbisan. 

Fr Nicholas kemudian memakaikan stole diakon dan dalmatik ke atas diakon yang baharu sahaja ditahbis itu.

Rayuan Litani. (Foto: Today’sCatholic / Shannon Wei)
Penopangan tangan dan doa Pentahbisan. (Foto: Today’sCatholic / Shannon Wei)
Memakai jubah dengan bantuan Fr Nicholas Ng dan Fr Galvin Ngumbang. (Foto: Today’sCatholic / Shannon Wei)

Selepas memakai jubah Diakon, beliau kemudian berdiri di depan Uskup Agung yang duduk di atas kerusi Katedra untuk menerima Kitab Injil.

“Terimalah Injil Kristus, kerana anda telah menjadi bentara-Nya. Percaya apa yang anda baca, ajar apa yang anda percaya, dan amalkan apa yang anda ajar,” kata Uskup Agung kepadanya.

Menerima Kitab Injil merupakan simbol bagi misi untuk mewartakannya.

Uskup Agung Simon dan Diakon Mark menyampaikan ucapan masing-masing selepas perayaan Ekaristi, sebelum upacara penutupan.

Uskup Agung memanjatkan pujian dan kesyukuran kepada Tuhan di atas “anugerah diakon baharu bagi pelayanan dalam Keuskupan Agung Kuching”, dan menyambutnya bagi pihak Uskup-uskup Agung Emeritus Peter Chung dan John Ha serta presbiterium.

Beliau berkata masa tidak pernah terlambat untuk menjawab “ya” apabila Tuhan memanggil.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada keluarga Bonchol, termasuk bapanya Noel yang meninggal dunia pada 2016, kerana memberikan anak mereka kepada Tuhan.

Diakon baharu itu berkata beliau pertama sekali bersyukur kepada Tuhan dari “permulaan perjalanan dan sekarang sudah membuahkan hasil”.

Diakon Mark menggambarkan perasaannya sebagai “kombinasi banyak unsur – pahit, manis, masam, tetapi paling menonjol sekali, rasa syukur kepada Tuhan Maha Besar”.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ramai orang yang telah memainkan peranan penting pada tahun-tahun formasinya.

Antara lain, mereka termasuk Uskup Agung Simon, Uskup-uskup Agung Emeritus Peter dan John, dan semua formator di Kolej St Peter di Kota Kinabalu dan Kuching.

Beliau turut berterimakasih kepada ahli-ahli keluarganya, iaitu bapa, ibu dan adik-beradiknya, rakan-rakan dan media, dan walaupun upacara itu adalah bagi pentahbisannya sebagai diakon, semuanya itu adalah tentang Tuhan, serta kerahiman dan belaskasihan Tuhan kepadanya sebagai seseorang yang berdosa.

Uskup Agung kemudian menyampaikan Sijil Pentahbisan kepada Diakon Mark, dan menghadiahkan sebuah ‘pyx’ komuni kepadanya, supaya beliau dapat menggunakannya untuk memberikan Komuni Kudus, bermula dengan “ibunya”, kata Uskup Agung.

Pentadbisan diakon dan Misa berakhir dengan pemberkatan bagi Mark dan semua penonton dalam talian oleh Uskup Simon.

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Archdiocese of Kuching ordains new Deacon at live-stream Mass

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.