Mahkamah sahkan makna sebenar kalimah Allah bagi Kristian Bumiputera Sarawak — YPS

Datu Aloysius J Dris

KUCHING Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membenarkan penduduk bukan Muslim menggunakan kalimah ‘Allah’ telah mengesahkan perasaan, sentimen dan penghargaan terhadap makna sebenar perkataan tersebut bagi semua, terutamanya dalam kalangan penduduk Bumiputera Sarawak, kata Ketua Eksekutif Yayasan Perpaduan Sarawak (YPS) Datu Aloysius J Dris.

“Tabik kepada proses dan sistem kehakiman kita yang telah menentukan makna perkataan ‘Allah’. Menang atau kalah tidak ada dalam isu ini. Ia hanya mengesahkan persepsi dan sentimen, terutamanya bagi orang di Sarawak, tidak kira apa pun agama mereka.

“Pertama sekali, penggunaan kalimat ‘Allah’ oleh orang Kristian tidak pernah menjadi isu di Sarawak kerana ramai penduduk peribumi di Sarawak dan Sabah selama ini menggunakan Bahasa Malaysia di gereja dan ketika beribadah,” beliau menyebut dalam satu kenyataan.

Aloysius berkata keputusan Mahkamah Tinggi mengesahkan semua warga Malaysia adalah bebas untuk mengamalkan agama masing-masing dan kebebasan agama sangat dihormati.

“Marilah kita melangkah ke depan dan meningkatkan lagi kefahaman kita tentang kelainan satu sama lain sementara kita terus belajar untuk menghargai cara satu sama lain beribadah,” tambahnya.

Keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Nor Bee Ariffin, yang duduk sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, membatalkan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia pada 1986 untuk mengharamkan sepenuhnya penggunaan kalimat ‘Allah’ dalam penerbitan Kristian. Nor Bee memutuskan bahawa arahan tersebut tidak mematuhi Perlembagaan dan tidak sah, dan beliau turut  mengeluarkan perintah yang mengesahkan hak Jill Ireland Lawrence Bill, seorang Kristian Melanau, untuk tidak didiskriminasikan dan untuk mengamalkan kepercayaannya.

Borneo Post Online (Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: ‘Allah’ ruling affirms true meaning of word for Sarawakian Bumis — YPS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.