Duta Apostolik menyampaikan watikah kepada Agong

KUALA LUMPUR  Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan menerima watikah 10 utusan asing ke Malaysia di Istana Negara pada 18 Mac lalu.

Turut berkenan hadir pada majlis tersebut adalah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Timbalan Setiausaha Agung (Hal Ehwal Dua Hala) Kementerian Luar, Datuk Amran Mohamed Zin, turut hadir.

Duta-duta tersebut adalah Ouyang Yujing (China); David Evan Malcomson (Afrika Selatan); Viengsavanh Sipraseuth (Laos); Uskup Agung Wojciech Zaluski (Takhta Suci – Negara Kota Vatikan); Chainarong Keratiyutwong (Thailand); Prof Dr Senaid Memic (Bosnia Herzegovina); Herman Pule Diamonds (Namibia); Abdoulaye Barro (Senegal); Brian D. Mcfeeters (Amerika Syarikat) dan Florentino Batista Gonzalez (Cuba).

Paus Francis melantik Uskup Agung Zaluski sebagai Duta atau Nunsio Apostolik bagi Malaysia dan Timor Leste serta Wakil Apostolik ke Brunei Darussalam pada 28 September 2020.

Uskup Agung Zaluski akan menjadi orang kedua untuk mengetuai Nunsiatur Apostolik di Malaysia.

Nunsiatur Apostolik merupakan misi diplomatik bagi Takhta Suci ke Malaysia, dan setara dengan kedutaan.

Wojciech Zaluski dilahirkan pada 5 April 1960, di Zaluski-Lipnie wo, bahagian tengah timur Poland.

Pada 1 Jun 1985, beliau ditahbiskan sebagai paderi bagi Keuskupan Lomza. Pada 1 Julai tahun yang sama, beliau menyertai khidmat diplomatik Takhta Suci selepas beliau belajar di Akademi Eklesia Kepausan di Rom, lulus dengan Diploma dalam Sains Diplomatik dan Ijazah Doktor Falsafah dalam Hukum Kanun (Canon Law).

Beliau berkhidmat dengan jayanya dalam Nunsiatur Apostolik di Burundi, Malta, Albania, Zambia, Sri Lanka, Georgia, Ukraine, Filipina dan Guatemala.

Uskup Agung berusia 60 tahun itu fasih berbahasa Polish, Inggeris, Perancis, Sepanyol, Itali dan Rusia.

Ouyang pernah berkhidmat sebagai pengarah Biro Kepentingan dan Hak Maritim selain Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat CPC, manakala Malcomson pula adalah bekas ketua pengarah Meja Organisasi Wilayah.

Viengsavanh pula pernah berkhidmat sebagai ketua pengarah Jabatan Pemeriksaan dalam Kementerian Hal Ehwal Luar.

Sementara itu, Chainarong merupakan bekas duta yang ditugaskan ke pejabat Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Luar, manakala Memic pernah berkhidmat sebagai datuk bandar Illidza, Sarajevo.

Diamonds pula bekas timbalan ketua misi dan ahli majlis di Beijing, China, manakala Barro adalah timbalan wakil tetap Republik Senegal ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, New York.

Mcfeeters pernah berkhidmat sebagai timbalan ketua misi, di kedutaan Amerika di Baghdad, Iraq, manakala Gonzalez merupakan seorang pakar berpangkat duta dalam Bahagian Amerika Syarikat di Kementerian Hal-Ehwal Luar Cuba.

Herald Malaysia Online (Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Apostolic Nuncio presents his credentials to the Agong

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.