Katekumen selesai Upacara Inisiasi Kristian

Fr Patrick Heng memberkati seorang katekumen. (Foto: Dominic Bong)

Oleh James Noik

KUCHING — Kursus RCIA 2019/2020 (Bahasa Inggeris) berakhir dengan sembahyang Misa yang diadakan pada 19 dan 20 Disember 2020, dan dirayakan oleh Rektor Gereja Blessed Sacrament (Sakramen Maha Kudus), Fr Patrick Heng.

Seramai 37 orang katekumen berjaya menyiapkan kursus itu selepas sekian lama tertangguh disebabkan oleh pandemik.

Misa hujung minggu itu menyaksikan 27 orang katekumen menjalani Upacara Inisiasi. Dua pemeluk Kristian yang sudah dibaptis telah diterima ke dalam Gereja Katolik, manakala lapan menerima Sakramen Penguatan.

Calon-calon RCIA 2019/2020. (Foto: Dominic Bong)

Uskup Agung Simon Poh telah memberi fakulti kepada Fr Patrick Heng untuk memberikan Sakramen Penguatan.

Katekumen berkenaan berusia 18 tahun hingga 67 tahun dan berasal daripada berbagai latar belakang sosial— kumpulan etnik berbeza, pelajar universiti, pesara, suri rumah dan profesional.

Seperti yang dijangkakan, beberapa orang telah tercicir kerana sebab-sebab peribadi. Bagaimanapun mereka boleh menyambung usaha mereka dalam kursus akan datang. 

BSC (Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Catechumens complete Rite of Christian Initiation

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.